Azrene, Isteri Fazley Yaakob Selamat Jalani Caesar Untuk Anak Ketiga

Fazley Yaakob kongsikan berita gembira dengan para peminat melalui Twitter awal pagi tadi.

Sekitar jam 10 pagi tadi, Fazley Yaakob & isteri, Azrene Soraya menerima kelahiran anak ketiga mereka.

Semalam ketika bertemu dengan Fazley Yaakon, kami di’khabarkan isteri beliau sudah berada di hospital untuk menjalani pembedahan Caesar.

Pagi ini, syukur ke hadrat Ilahi, semuanya berlangsung dengan selamat. Fazley Yaakob juga ada berjanji untuk mendedahkan nama anak lelaki beliau ini secepat mungkin.

UPDATE-1: Nama timangan anak lelaki ketiga Fazley Yaakob ini adalah ‘Piyush’ dan Imran Ajmain berjanji memberikan nama penuh kepada semua tidak lama lagi.

UPDATE-2: Fazley Yaakob hantarkan gambar berikut ke e-mail kami dan kami masih belum terima maklumat tentang nama penuh bayi comel ini.

Kami belum menerima apa-apa gambar terbaru anak lelaki Fazley Yaakob & Azrene Soraya ini dan kami akan bawakan kepada anda secepat mungkin. Stay tuned! Teruskan Membaca

Marion Caunter Disahkan Mengandung Lima Bulan. Tahniah Dari Kami!

Pagi pagi Isnin ini kita mulakan dengan berita baik dalam dunia hiburan ya? How’s your work today?

Perkhabaran melalui Harian Metro hari ini ini mengatakan Marion Caunter sudah di’sahkan mengandung 5 bulan.

Pengacara E! News Asia ini ada memberi hint melalui akaun Twitter beliau & kami di’fahamkan Marion Caunter ada membuat pengumuman di kaca televisyen.

Marion Caunter & suami, SM Nasarudin mendirikan rumahtangga tanggal 15 Oktober 2010 yang lalu dan pasangan ini nampaknya semakin bahagia dari hari ke hari.

Melalui Forum Cari, seorang wartawan awam telah menemukan gambar Marion Caunter yang sedang mengandung menghadiri majlis berbuka puasa bersama suami. Teruskan Membaca

Kenyataan Maaf Terbuka Fasha Sandha Berhubung Isu Berbikini Di Bali

Tidak perlu sidang akhbar, tidak perlu drama swasta dalam dunia realiti artis, Fasha Sandha tampil memohon maaf melalui media sosial.

Minggu lalu, tersebar beberapa keping gambar milik Fasha Sandha yang menunjukkan aktress sensasi ini bergaya seksi di tepian pantai bersama rakan rakan lain.

Gambar Fasha Sandha yang beraksi hanya memakai bikini itu mencetus persoalan tentang azam beliau yang tidak mahu seksi di tahun 2011.

Mungkin azam Fasha Sandha itu hanya sah laku untuk kerja seni’nya tapi untuk kehidupan peribadi beliau, Fasha Sandha masih seorang Fasha Sandha.

Berikut adalah kenyataan maaf Fasha Sandha yang beliau tulis melalui Facebook & Twitter awal tengah hari ini;

Salam untuk peminat yang saya kasihi. Ya, memang benar ini gambar saya yg memakai bikini dan kain pario berwarna hijau.

Dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon maaf kerana berpakaian begini bersama 3 sahabat wanita di tepi pantai Tanjung Benua Bali pada 30 Dec lalu.

Gambar ini telah tersebar luar dalam blog blog internet dan menjadi isu selepas sahabat saya Syazwani meletakkan di laman Facebook miliknya. Saya amat kesal dengan perbuatan saya.

Saya tidak sempurna dan tidak lepas dari melakukan kesilapan. Please accept my apology. Thank You.

Dalam perkembangan berkaitan, Fasha Sandha kini sedang mencari pekerja professional untuk Chinta Hair & Beauty Saloon. Apply jangan tidak apply.

2011 Tahun Fasha Sandha Mulakan Perniagaan, Bakal Buka Salon Sendiri

Pagi mana yang lebih bahagia dari pagi yang anda mulakan dengan kisah seorang selebriti bernama Fasha Sandha. Kami ada cerita.

Dalam keluaran Harian Metro baru-baru ini sempena dengan tahun baru 2011, Fasha Sandha di’tanya wartawan tentang azam dan cita cita beliau untuk 2011.

Selain berazam untuk kurangkan penampilan seksi kerana hormati pendapat peminat yang mahukan terbaik buat diri beliau, 2011 merupakan tahun Fasha Sandha mahu terlibat dengan perniagaan.

Dan, hari ini, ada terdengar sayup sayup berita yang Fasha Sandha bakal membuka sebuah salon sendiri tidak lama lagi sebagai langkah pertama dalam bidang perniagaan.

Salon yang bakal di’beri nama ‘Chinta Hair & Beauty’ itu di’katakan bakal di’buka di Wangsa Maju tidak lama lagi.

Tahniah dari kami & selamat maju jaya buat Fasha Sandha jika berita ini benar belaka. Tidak salah mempelbagaikan cabang pendapatan kita. Selagi muda & mampu untuk lakukan pelbagai tugas.

(Gossip) Sazzy Falak Kini Mengandung, Bakal Timang Anak Kembar?

Okay. Sebenarnya ada dua versi kisah kandungan Sazzy Falak ini terbit di’internet sejak awal Oktober lalu.

Versi pertama yang keluar pada 4 Oktober lalu melalui Geng Senah yang mendakwa beliau terserempak dengan Sazzy Falak & perbualan mereka tersasar ke hal rumah tangga selebriti ini bersama Nazril Idrus.

Wajah pasangan bahagia yang semakin berseri-seri itu di’dakwa berpunca dari berita baik yang Sazzy Falak kini sedang mengandung — kembar.

Versi terbaru yang di’bawakan oleh KOSMO! hari ini hanya menyatakan secara am kisah kandungan Sazzy Falak ini tanpa menyebut tentang kembar.

Namun, kedua-dua versi ini tidak menyebut berapa lama usia kandungan Sazzy Falak. Tahniah buat pasangan Sazzy Falak & Nazril Idrus jika benar perkhabaran dua sumber ini.

1234