Gossip: Harun Salim Bachik Bakal Lepas Jawatan Presiden Seniman Tidak Lama Lagi?

Sesekali mari kita layankan gossip orang orang yang banyak warnai belakang tabir industri hiburan Malaysia hari ini.

Bukan’nya selalu anda dapat baca gossip berat sebegini dan hari ini ada cerita yang berkaitan dengan kepimpinan Persatuan Seniman.

Sekitar akhir tahun 2009, Harun Salim Bachik telah terpilih melalui undian untuk memegang jawatan Presiden Seniman dan ketika itu mengalahkan Datuk Mustapha Maarof dengan hanya empat undi.

Tahun 2012 merupakan penggal kedua Harun Salim Bachik memegang jawatan Presiden Seniman tetapi ada suara suara yang mengatakan kepimpinan pelawak & pelakon ini seperti tidak berkesan.  Teruskan Membaca

Zarina Anjoulie Kini Solo, Umum Putus Tunang Melalui Twitter. Hmm.

Untuk anda yang masih peduli, Zarina Anjoulie kini telah kembali menjadi gadis solo mulai hari ini.

Kami yang memang pengintai tegar timeline Twitter Zarina Anjoulie pagi ini terbaca kenyataan aktress penuh kontroversi ini.

Zarina Anjoulie menulis yang beliau kini sudah single & tidak lagi bersama jejaka yang bergelar tunang beliau sejak Julai 2011 yang lalu.

Menariknya, media & umum mengetahui tentang status pertunangan Zarina Anjoulie juga melalui Twitter & kali ini selepas habis semua manis bercinta, melalui Twitter juga ianya di’umumkan berakhir.

Menurut pemahaman kami, punca perpisahan Zarina Anjoulie dan jejaka tidak bernama sehingga ke hari ini adalah kerana si lelaki di’khabarkan tidak menghormati keluarga selebriti tersebut.

Melalui Twitter juga, Zarina Anjoulie memberi nasihat kepada para wanita di’luar sana untuk meninggalkan mana mana lelaki yang tidak menghormati keluarga mereka. Baca petikan tulisan Zarina Anjoulie selepas ini.  Teruskan Membaca

Gossip: Zarina Anjoulie Lepas Geram Kepada Kekasih Melalui Twitter?

Menjelang Aidilfitri esok, bahan gossip berkurangan maka apa sahaja boleh kami jadikan modal di’sini — termasuk Twitter.

Dan ketika bosan melayan Twitter para selebriti Malaysia, tiba tiba Zarina Anjoulie masuk timeline dengan ayat ayat menarik.

Kami pun yang sememangnya manusia jenis serkap jarang mula membuat spekulasi tentang siapa yang beliau maksudkan dalam ayat ayat beliau.

Walaupun ada peminat bertanya kepada Zarina Anjoulie kepada siapakah beliau menujukan tweet tersebut, selebriti entah apa cerita ini mengatakan ia’nya tidak di’tujukan kepada sesiapa.

Kami sempat merakamkan dua tweet beliau yang agak menarik buat kami & Zarina Anjoulie juga ada mengatakan yang berkahwin ketika ini tidak ada dalam senarai hidup beliau.  Teruskan Membaca

(Gossip) Bodyguard Temani Nur Fazura Shopping Bersama Kekasih Hati

Senyap nampaknya Nur Fazura sejak akhir akhir ini. Jarang kami beliau muncul di kaca TV.

Namun senyap tidak bermakna tiada kisah menarik untuk di’kongsi.

Dengarnya, Nur Fazura kini menerima layanan kelas pertama dari kekasih hati dair hujung rambut ke hujung kaki.

Maklumlah, khabarnya kekasih hati Fazura ini sangat berpengaruh & berpoket tebal orangnya.

Tiada kehairanan akan cerita yang sampai kepada telinga wartawan oleh para VIP wanita Malaysia.

Baru-baru ini, Fazura di’khabarkan keluar membeli belah ke sebuah butik berjenama mewah di tengah Kuala Lumpur.

Kekasih hati pastinya menemani & bukan beliau seorang sahaja, namun mereka turut membawa berbelas bodyguard yang lain.

Sumber memaklumkan butik mewah itu seakan-akan di’tutup khas & eksklusif untuk pasangan kekasih ini sahaja. Bertuahnya badan.

Sumber turut memberitahu yang Fazura & kekasih beliau menghabiskan hampir puluhan ribu ringgit di’butik mewah itu sahaja. Persiapan untuk majlis perkahwinan? Hmm.

(Gossip) Pengarah Bengang, Fazura Berlagak Diva & Tidak Komited

Selepas satu, satu lagi kisah tidak senang tentang karier Fazura muncul menghiasi dunia hiburan. Kali ini melibatkan satu projek besar yang tidak kesampaian.

Seperti yang semua tahu, Fazura di’ambil berlakon dalam filem adaptasi novel ‘Lagenda Budak Setan’ untuk memegang watak Catriona di’samping Lisa Surihani & Farid Kamil.

Walaupun filem’nya masih belum keluar, drama siri’nya kini sedang menjalani pengambaran dan Fazura tidak terlibat sama kali ini.

Semuanya atas kerana pengarah filem & drama ini, Charad Charan mendakwa Fazura seorang artis yang tidak komited kepada kerja, berlagak diva & mempunyai masalah disiplin ketika di’lokasi.

Dengarnya bukan Fazura seorang sahaja yang bermasalah, Lisa Surihani juga di’singkirkan kerana pengarah terbabit tidak berpuashati dengan mutu lakonan Lisa Surihani dalam versi filem.

Terfikir sekejap kami apabila pengarah begini ada masalah dengan dua bintang sekaligus, artis yang bermasalah atau pengarah yang terlalu demand & tinggi harapan’nya? (via cari.com.my)