TERBARU

(Gambar) Waheeda Kini Berpurdah?

Sumber Gambar: Jutaan Terima Kasih Buat Kasut_Putih dari Forum Gossip Melayu

Nampaknya perubahan pertama pada diri Waheeda telah dapat kita lihat menerusi gambar di’atas.

Gambar terbaru yang di’rakamkan oleh seorang peminat hiburan ketika pasangan ini menghadiri sebuah majlis.

Waheeda yang sebelum ini mengumumkan persaraan dari dunia seni di’lihat memakai persalinan penuh purdah hitam sedondon dengan suami’nya, Akhil Hayy.

Mungkin ini satu perubahan positif yang Akhill Hayy mahu bawa ke’dalam diri Waheeda & keluarga baru beliau.

Harapnya Waheeda ikhlas kerana Allah S.W.T memakai persalinan purdah ini. Sayang kepada Tuhan itu seharusnya lebih besar dari sayang kepada suami bukan?

Gambar Selebriti

(Gossip) Yuna Bakal Bergelar Jutawan Dengan Royalti Lagu?

Tepuk tangan kawan-kawan jika benar berita yang di’sampaikan oleh spy Murai.com.my ini.

Yuna kini di’katakan sedang menunggu habuan berbentuk royalti hasil populariti lagu beliau — Dan Sebenarnya.

Royalti yang di’nanti bukan calang-calang jumlahnya kerana di’khabarkan mencecah jutaan ringgit. Betul-betul berbaloi usaha Yuna selama ini.

Yuna juga di’katakan telah berhenti melibatkan diri dengan perniagaan menjual baju & menjual bahagian beliau kepada rakan seperniagaan.

Muncul pertama kali sebagai artis MySpace, kini nampaknya Yuna boleh menarik nafas kegembiraan kerana usahanya membuahkan hasil.

Kalau dapat nanti, jangan lupa belanja kawan-kawan & juga pihak media ya Yuna?

Gossip Selebriti

(Gambar) Puteri Lily Lokman Tanpa Kekasih, Aziz M Osman

Beberapa hari lepas, kami ada siarkan gambar terbaru Aziz M Osman bersama Puteri Lily Lokman & entri tersebut menjadi hits.

Kami juga perasan 4 keping gambar yang kami keluarkan di’ulang siar oleh beberapa blog gossip lain termasuklah KOSMO! hari ini.

Oleh kerana kami ada beberapa lagi koleksi foto Puteri Lily Lokman (tanpa Aziz M Osman), kami suka untuk kongsikan lagi bersama kalian.

Maklumlah, si Puteri Lily ini tidak selalu keluar (atau belum lagi) televisyen atau majalah. Jika kami simpan pun, jadi tatapan nakal boss kami.

Kepada peminat yang mahu mendalami wajah pujaan Aziz M Osman, gambar selepas ini. Teruskan Membaca →

Gambar Selebriti

Wanita Hari Ini: Raja Farah Idamkan Persandingan Dalam Air

(Tips Dari Amanz.my. Ada cerita? Hantarkan ke hi@rotikaya.com)

Petang tadi (atau lebih sesuai semalam), Raja Farah menjadi salah seorang jemputan dalam Wanita Hari Ini (WHI).

Isunya tentang majlis perkahwinan — pelamin, make-up, bunga telur, makanan, baju pengantin & semua yang bersangkut paut.

Mahu gugur juga jantung kami yang lelaki apabila dengar ada pelamin yang mencecah puluhan ribu ringgit. Walhal, pakai sehari sahaja.

Kalau orang yang tidak kisahkan wang, apa salahnya berbelanja kahwin sekali seumur hidup. Itu kalau sekali, kalau dua kali bagaimana? Oops.

Raja Farah, apabila di’tanya tentang pelamin idaman beliau, pantas menjawab yang beliau inginkan pelamin dalam air.

Mungkin ada sedikit kena mengena dengan minat kecil Raja Farah yang sukakan scuba diving. Mana tahu satu hari nanti boleh bersanding atas terumbu karang.

Seorang rakan memberitahu, Raja Farah nampak sedikit berisi dalam rancangan tadi berbanding dahulu. Terlebih makan rendang korbankah?

News Selebriti

(Twitter) Reaksi Scha al-Yahya Terhadap Dakwaan Berlagak Diva

Marah benar bunyinya Scha al-Yahya dalam kenyataan terbaru menerusi akaun Twitter beliau.

Kami kurang pasti siapa sebenarnya yang memulakan gossip mendakwa Scha al-Yahya mula berlagak diva setelah kejayaan drama bersiri Awan Dania.

Alangkah bagusnya jika semua artis & selebriti Malaysia mempunyai Twitter. Mudah untuk kami wartawan tidak bertauliah ini mahu bertanyakan soalan panas.

Lagipun, Twitter boleh mendekatkan seseorang artis itu dengan peminat. Peminat sekarang mahu semuanya cepat & pantas.

Untuk Scha al-Yahya, banyak-banyak bersabar. Dunia artis, begitulah. (Macam pernah jadi artis pula kami)

News Selebriti