“Kami Belum Puas Nikmati Kemanisan Hidup Berdua” – Maya Karin

Pasti saat ini ramai yang bertanyakan tentang anak Maya Karin setelah hampir setahun lamanya berkahwin dengan Steven David Shorthose.

Komen Maya Karin terhadap persoalan ini mudah sahaja,”Siapa yang tidak mahu anak dan begitu juga dengan saya dan Steve.”

“Buat masa ini, saya dan Steve bahagia dengan kehidupan kami berdua dan masih belum puas lagi kami menikmati kemanisan hidup berdua.”

Jika sampai masa nanti Maya Karin & suami bersedia untuk menerima orang ketiga, pasti kelahiran bayi sulung mereka akan di’nanti peminat. Sejarah gambar bayi eksklusif pasti akan berulang. Sumber: Utusan Malaysia Online

Anti-Plastik: Maya Karin Terus Menjadi Duta Tidak Rasmi Alam Sekitar

Agak simbolik sebenarnya kempen terbaru Maya Karin ini. Boleh kata anti-plastik di’sini membawa double meaning.

Satu, kempen anti-plastik yang menggalakkan orang ramai untuk menggantikan penggunaan plastik dengan alternatif lain yang lebih mudah di’proses sebagai bahan buangan.

Dua, anti-plastik dalam dunia hiburan. Maya Karin memang di’akui keaslian dalam tingkah laku & peribadi, tidak seperti sesetengah artis atau selebriti yang suka menampilkan sifat perempuan plastik.

Boleh anda hidup tanpa penggunaan plastik? Sanggup anda berubah demi alam sekitar & Hari Bumi kita 22 April ini? via Kosmo! Online