Puteri Sarah Liyana Tidak Boleh Bercuti ke Krabi Kerana PTPTN

Kelakar pun ada. Kasihan pun ada membacakan kisah baru model iklan & dramatis, Puteri Sarah Liyana ini.

Laporan Utusan Malaysia hari ini menulis yang gadis berusia 24 tahun ini di’tahan di LCCT ketika hendak berlepas ke Krabi, Thailand kerana tersenarai dalam senarai hitam PTPTN.

Ini bukan kes pertama selebriti di’tahan kerana tidak membayar pinjaman pendidikan PTPTN. Ingat kes Faizal Tahir?

Tetapi, yang anehnya di’sini, Puteri Sarah Liyana masih belajar di Kolej Taylors & atas sebab apa beliau di’senarai hitamkan.

Dek kerana tidak lepas, maka barang Puteri Sarah Liyana terpaksa di’punggah semula dari kargo & hanya keluarga beliau yang pergi.

Pengajaran untuk Puteri Sarah Liyana & semua yang ada kaitan dengan PTPTN, periksa nama sebelum membeli tiket untuk ke’luar negara.

Mana tahu elok-elok boleh menikmati pantai indah Krabi, Thailand, terpaksa pula pulang ke’rumah layan Astro.

(Gambar) Puteri Sarah Liyana & Teman Lelaki, Ammar Alfian Aziz

Ingat lagi gambar kontroversi di’atas? Lama senyap Puteri Sarah Liyana kita selepas kontroversi tersebut melanda.

Baru-baru ini, blogger terkenal Malaysia, Budiey ada terserempak dengan pasangan ini di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Pasangan ini hadir sempena pelancaran drama berjudul ‘Dimension’ yang mana Ammar Alfian Aziz turut berlakon.

Tiada apa cerita besar yang pasangan ini boleh khabarkan (contohnya tarikh kahwin) untuk tatapan peminat. Yang ada cuma gambar terbaru mereka berdua — yang lebih sopan.

Gambar-gambar Puteri Sarah Liyana & Ammar Alfian Aziz oleh Budiey selepas ini. Teruskan Membaca