Fasha Sandha Bakal Berlakon Bersama Nora Danish Dalam Spa Q 3

Setiap media sepanjang minggu ini ada menyebut tentang pengumuman kahwin Fasha Sandha yang tidak kunjung tiba, seperti biasa alasan’nya, belum bersedia.

Aku takut Fasha Sandha yang beriya-iya mahu berkahwin tetapi sang lelaki masih ragu atau memang tidak mahu.

Maklumlah reputasi Fasha Sandha di’kalangan media kurang baik, siapa mahu terasa tempias ‘kan?

Berbalik kepada tajuk, laporan Harian Metro hari ini mengesahkan yang Fasha Sandha akan berlakon bersama Nora Danish dalam musim terbaru Spa Q.

Pengambaran Spa Q 3 yang akan bermula 15 Oktober ini akan menampil Fasha Sandha sebagai Freeda yang menurut Fasha sebuah watak yang antagonis.

“Saya difahamkan musim terbaru Spa Q ini turut menampilkan Nora Danish dan seperti pernah dinyatakan Nora dan saya sebelum ini kami tiada masalah bekerjasama,” ulas Fasha Sandha tentang kehadiran Nora Danish dalam drama ini.

Kami ada perasaan yang kuat menyatakan watak Fasha Sandha & Nora Danish tidak akan bertindan dalam mana-mana episod, jika ada pasti akan menjadi hipokrasi paling epik dalam sejarah televisyen. Heh.

(Gambar) Fasha Sandha Tetap Hadir Majlis Anugerah Bintang Popular

Walaupun banyak wartawan & media Malaysia seakan belum habis memboikot Fasha Sandha, namun sokongan artis yang seorang ini terhadap dunia hiburan masih belum pudar.

Hadir dalam majlis Anugerah Bintang Popular 2009 baru-baru ini, Fasha Sandha tampil dengan imej & rambut baru. Nampak wajah & penampilan yang segar.

Harapnya kehadiran Fasha Sandha dalam majlis ini membuka mata banyak pihak bahawa beliau masih sayangkan kerjayanya dalam dunia hiburan.

Gambar penuh Fasha Sandha di malam majlis anugerah selepas ini… Teruskan Membaca