Jutawan Jus Diet, Dr Rozmey Sertai Bidang Penerbitan Filem

Kalau sesiapa yang rajin membeli Harian Metro, pasti naik bosan melihat wajah jejaka idaman Malaya ini.

Dr Rozmey yang ‘popular’ kerana mengeluarkan formulasi berkesan untuk kuruskan badan kini bakal mengembangkan sayap perniagaan beliau.

Dr Movie Production di’tubuhkan untuk memperbanyakkan portfolio perniagaan Herba Prima Marketing yang di’terajui Dr Rozmey.

Filem pertama yang menerima dana dari jutawan jus diet ini adalah filem Cempaka yang turut di’terbitkan oleh Yasmin Khanif.

Filem suspense-thriller yang menelan belanja kira-kira RM3.5 juta ini akan memulakan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Kedah awal bulan depan. Skripnya dihasilkan oleh Imran Ismail.

Dalam kisah yang sama, Yasmin Khanif mendakwa Yasmin Khanif Production di’tubuhkan hasil titik peluh sendiri & tidak di’taja mana-mana VIP seperti di’dakwa.

“Saya sudah berlakon iklan sejak kira-kira tujuh tahun lalu dan melalui hasil simpanan sendiri, saya dapat menubuhkan YKP,” kata Yasmin Khanif kepada media.

Filem Pertama Suam-Suam Kuku Kaki, Yasmin Khanif Kini Penerbit Filem?

Kami rasa 99 dari 100 orang rakyat Malaysia belum pun tonton filem ‘Jalang’.

Yasmin Khanif yang berlakon sebagai teraju utama filem ‘Jalang’ sebagai erm.. jalang kini di’katakan bakal menerbitkan sebuah filem.

Filem yang di’beri judul ‘Chempaka’ itu akan menelan belanja jutaan ringgit.

Dari mana beliau peroleh modal sebesar itu tidak kami ketahui, yang pasti berita ini agak mengejutkan.

Mungkinkah Yasmin Khanif ada perniagaan besar lain sehingga mampu keluarkan jutaan ringgit untuk sebuah filem.

Sebuah filem dengan tajuk yang sama pernah di’arah oleh B.S. Rajhans pada 1948.

Jika filem Yasmin Khanif ini sebuah remake, satu tindakan yang agak berani melaburkan jutaan ringgit untuk sebuah filem recycle.