TERBARU

Pemain Bola Sepak Intai Tiz Zaqyah & Sebalik Tabir Iklan Silkygirl

Lama sebenarnya kami tunggu untuk gunakan gambar Tiz Zaqyah di’atas, namun hari ini ada modal cerita untuk kami tulis.

Dalam sebuah majalah hiburan keluaran terbaru, seorang wartawan ada menulis tentang seorang pemain bola sepak negara yang kini sedang menaruh minat terhadap Tiz Zaqyah.

Tiz Zaqyah memberi response yang agak selamba bertanyakan siapakah gerangan pemain bola sepak tersebut, mahu juga beliau berkenalan.

Tiz Zaqyah juga memberitahu beliau tidak keberatan untuk di’gandingkan dengan jejaka tersebut untuk sessi fotografi pada masa hadapan.

Berkenaan sebalik tabir iklan Silkygirl, selepas ini anda akan menikmati dua keping gambar rare yang menunjukkan kehadiran Tiz Zaqyah dalam iklan tersebut.

Tiz Zaqyah nampak kecil & comel (tidak lupa juga, seksi!) berbanding model-model yang lain. Enjoice! Teruskan Membaca →

Gambar News Selebriti

(Gambar) Tiz Zaqyah Sukakan Lelaki Botak: Idam Miliki BMW M6

(Sumber Berita & Gambar: Terima Kasih Maskulin Terbitan Karangkraf)

Makin hari makin kuat publisiti dari pelbagai media di’terima oleh bintang sedang meningkat naik, Tiz Zaqyah.

Terbaru Tiz Zaqyah dijemput untuk menghadiri sessi fotografi bersama Maskulin sambil di’tanyakan beberapa soalan tentang lelaki.

Tiz Zaqyah menyatakan yang beliau suka lelaki yang berwajah manis, mempunyai bentuk tubuh yang mantap, sawo matang, tinggi dan botak.

Beliau juga mendakwa yang dirinya adalah penyokong kuat Chelsea & peminat warna hitam kerana nampak seksi & elegan.

Tentang kereta idaman, Tiz Zaqyah pantas menjawab yang beliau idamkan kereta mewah BMW M6 walaupun masih belum memiliki lesen memandu.

News Selebriti

(Gambar) Tiz Zaqyah Seksi Untuk Cover Majalah InTrend Januari 2010

Sedikit hilang imej Nur Kasih dalam diri Tiz Zaqyah kali ini.

Ada baiknya apabila Tiz Zaqyah cuba lari dari imej watak yang di’bawa.

Ramai selebriti jika sudah berjaya dengan satu-satu imej, mereka lebih suka berada dalam status quo.

Tiz Zaqyah yang pernah di’landa kontroversi gara-gara gambar aktiviti sosial beliau tersebar tetap menjadi diri sendiri.

Untuk cover majalah InTrend edisi Januari 2010, kita semua dapat melihat sisi belakang Tiz Zaqyah. Seksi & berani.

Kami teringin benar untuk tahu apa soalan yang InTrend ajukan buat Tiz Zaqyah tentang kerjaya & kontroversi dalam hidup beliau.

Klik gambar di’atas untuk melihat imej yang lebih besar & jelas. Anda pasti teruja. Enjoice!

Gambar Selebriti

Tiz Zaqyah Bakal Berlakon Dalam Spa Qistina Ganti Nora Danish?

Nampaknya rezeki Nur Kasih masih melekar dalam diri aktress kegemaran ramai hari ini, Tiz Zaqyah.

Seorang penulis kolum hiburan memaklumkan yang ada kemungkinan pelakon baru ini bakal menyertai drama Spa Qistina selepas Nora Danish meninggalkan set lokasi drama tersebut.

Watak Nora Danish yang sebelum ini di’gantikan oleh Ummi Nazeera di’katakan bakal di’bawa oleh Tiz Zaqyah selepas pengambaran drama ini bersambung semula 14 Disember ini.

Jika benar perkhabaran yang di’bawa, maka saham Tiz Zaqyah selepas ini akan semakin melonjak. Untung jadi pelakon berbakat & cantik — jangan esok kekwat dengan peminat sudah’lah ya?

Apa khabar Nora Danish hari ini? Dengar cerita akan mengacarakan satu rancangan Bollywood.

News Selebriti

(Video) Awal Kemunculan Tiz Zaqyah Nur Kasih Dalam Iklan, Seksi!

Secara peribadi, aku sukakan Tiz Zaqyah versi tidak bertudung kerana lebih comel & jujur.

Kenapa tiada siapa perasan akan kelibat Tiz Zaqyah dalam iklan di’bawah atau aku seorang sahaja yang tidak tahu.

Dalam saat ke 15, Tiz Zaqyah muncul dengan outfit yang agak seksi tetapi masih terkawal. Sesuai dengan model lain yang muncul dalam iklan yang sama.

Tiada isu besar pun dalam hal ini melainkan aku tidak sedar kehadiran Tiz Zaqyah sebelum gadis ini muncul di dalam drama Nur Kasih.

Tonton video selepas ini & terima kasih kepada SyokKahwin. Teruskan Membaca →

Selebriti Video