Fauziah Ashari: Saya Tidak Puas Hati Dengan Filem Adaptasi Novel Ombak Rindu

Pagi tadi berlangsung’nya majlis pra tonton filem yang paling di’nantikan penghujung 2011 ini, Ombak Rindu.

Pendapat pendek kami, filem ini mampu mengusik jiwa penonton & jika terbuai dengan plot Ombak Rindu, mata boleh berair. Lelaki tidak terkecuali jika dalam hati ada taman.

Ketika sidang media bersama pengarah, penerbit & barisan pelakon, penulis asal novel Ombak Rindu Fauziah Ashari meluahkan rasa tidak puas hati dengan hasil adaptasi filem yang bakal di’tayangkan pada 1 Disember ini.

Menurut Fauziah Ashari terdapat beberapa plot penting dalam novel yang tidak di’angkat ke layar perak & juga dialog yang di’gunakan dalam filem ini tidak selari dengan apa yang beliau sampaikan menerusi novel. Teruskan Membaca

Gambar: Lisa Surihani Sekitar Sidang Media Istanbul Aku Datang, Cuti Seminggu

Sebenarnya malam tadi kami menunggu kelibat Lisa Surihani di karpet merah Anugerah Skrin 2001, namun hampa.

Perkhabaran yang kami terima, Lisa Surihani baru sahaja menerima kebenaran untuk bercuti selama seminggu dari doktor yang merawat beliau.

Ini semua gara gara Lisa Surihani mengalami sakit tekak & mata yang agak merisaukan selepas pulang dari penggambaran filem Istanbul Aku Datang di Istanbul, Turki.

Kami berkesempatan untuk bertemu Lisa Surihani di sidang media untuk meraikan tamat’nya penggambaran filem Istanbul Aku Datang di The Strand, Kota Damansara beberapa hari sebelum Anugerah Skrin 2011 malam tadi.

Gambar gambar yang bakal anda lihat selepas ini di’rakamkan ketika sidang media tersebut dan bonus untuk anda, beberapa keping bersama Beto Kusyairy. Selamat hari raya Aidiladha kawan kawan semua! Teruskan Membaca

Gambar Perkahwinan Lisa Surihani & Shaheizy Sam Untuk Filem S.A.M

Untuk berlaku jujur, pada pendapat kami yang buta seni ini, tajuk Saya Amat Mencintaimu (SAM) tidak begitu begitu kuat untuk menjadi tajuk sebuah filem. Quite lame.

Tetapi tidak mengapa, pengarah muda kita, Syafiq Yusof yang baru berusia 18 tahun percaya dengan kemampuan diri beliau & yakin kekuatan filem ini bukan terletak pada nama.

Melalui Facebook rasmi filem ini, produksi yang di’kepalai oleh Syafiq Yusof melepaskan beberapa keping gambar di’sebalik tabir termasuklah gambar scene perkahwinan antara Lisa Surihani & Shaheizy Sam yang menjadi teraju utama. Teruskan Membaca

(Trailer) Lagenda Budak Setan: Dari Novel Terlaris Kini Ke Filem

Okay mungkin kami blog hiburan terakhir menulis tentang adaptasi novel ini ke filem kerana sebelum ini projek ini nampak semacam tidak menarik perhatian.

Tidak lagi selepas kami tonton trailer ringkas yang di’keluarkan beberapa hari lalu & satu sebab kuat untuk kami pergi tonton, sinematografi yang cantik.

Filem Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan, nama baru yang kami jangka bakal naik selepas ini, di’bintangi oleh nama-nama muda yang besar seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Fazura, Que Haidar, Raja Farah & ramai lagi.

Melihatkan kepada trailer yang di’keluarkan, pengarah filem ini berjaya mengangkat mood novel ke layar perak dengan gerak kamera & permainan warna yang sangat tepat.

Kami bukan pakar filem, tetapi Lagenda Budak Setan mungkin akan jadi antara filem paling cantik tahun 2010. Yang terbaik? Kita tonton dahulu di’pawagam.

Trailer Lagenda Budak Setan selepas ini. Lakonan Lisa Surihani nampak ada peningkatan. Enjoice! Teruskan Membaca