Yasmin Khanif Tidak Mengaku Punya Sugar Daddy, Datuk Ismadi Mengaku Taja Hidup Mewah. Ha!

Al-kisahnya, tanpa hujan tanpa ribut, Yasmin Khanif hari ini menjadi isu hangat di sisipan Pancaindera keluaran hujung minggu ini.

Ini semua gara gara temubual eksklusif oleh media berkenaan dakwaan yang kehidupan mewah Yasmin Khanif ini di’taja oleh seseorang.

Dalam temubual awal, Yasmin Khanif menolak dakwaan tersebut dan menyatakan yang kehidupan mewah beliau adalah 100% hasil titik peluh & kerja keras beliau.

Namun beliau tidak menolak untuk mengakui bahawa ada seseorang berpangkat Datuk menaja modal awal filem Cempaka yang beliau terbitkan melalui syarikatnya.

Datuk berusia 43 tahun itu di’dakwa Yasmin Khanif hanya melaburkan modal awal sebanyak RM100,000 dan hubungan beliau dengan Datuk itu hanya sebagai teman niaga.

Mari kita bacakan pula temubual eksklusif media bersama Datuk Ismadi yang mengaku menaja kehidupan mewah Yasmin Khanif. Teruskan Membaca

Jutawan Jus Diet, Dr Rozmey Sertai Bidang Penerbitan Filem

Kalau sesiapa yang rajin membeli Harian Metro, pasti naik bosan melihat wajah jejaka idaman Malaya ini.

Dr Rozmey yang ‘popular’ kerana mengeluarkan formulasi berkesan untuk kuruskan badan kini bakal mengembangkan sayap perniagaan beliau.

Dr Movie Production di’tubuhkan untuk memperbanyakkan portfolio perniagaan Herba Prima Marketing yang di’terajui Dr Rozmey.

Filem pertama yang menerima dana dari jutawan jus diet ini adalah filem Cempaka yang turut di’terbitkan oleh Yasmin Khanif.

Filem suspense-thriller yang menelan belanja kira-kira RM3.5 juta ini akan memulakan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Kedah awal bulan depan. Skripnya dihasilkan oleh Imran Ismail.

Dalam kisah yang sama, Yasmin Khanif mendakwa Yasmin Khanif Production di’tubuhkan hasil titik peluh sendiri & tidak di’taja mana-mana VIP seperti di’dakwa.

“Saya sudah berlakon iklan sejak kira-kira tujuh tahun lalu dan melalui hasil simpanan sendiri, saya dapat menubuhkan YKP,” kata Yasmin Khanif kepada media.