TERBARU

Siti Nurhaliza & Datuk K Sepakat Tidak Mahukan Anak, Buat Masa Ini

(Siti Nurhaliza beraya di Kuala Lipis baru-baru ini. Gambar oleh Gunx)

Jawapan kepada soal anak Siti Nurhaliza & Datuk K terjawab di’Indonesia.

Semalam, Siti Nurhaliza di’temui media Indonesia di Jakarta Selatan & ada bertanyakan tentang kesediaan untuk memiliki anak.

Siti Nurhaliza berkata anak rezeki aturan Allah & jika betul mahukan anak, Datuk K sudah pun mempunyai anak sendiri.

“Sekarang ini sebenarnya masih sibuk dengan karier masing-masing, kalau kerja sudah selesai, baru kami fikirkan tentang anak”, tambah Siti Nurhaliza yang berada di Indonesia atas jadual kerja.

Kami fikir, kalau mahu di’ikutkan kerjaya kedua-dua insan berjaya ini, pasangan ini akan single tanpa anak sendiri untuk jangkamasa yang lama.

News Selebriti

(Gambar) Datuk K Tambah Aset, Misai Kini Bertemankan Janggut Manis

(Sumber Foto & Sejuta Penghargaan: Cik Syikin & MMU Gallery)

Ini adalah kesinambungan kepada entri sebelum ini yang mana kami tiada sebarang info tentang apa yang berlaku.

Kali ini bukan sahaja info, tetapi kami juga tahu milik siapa gambar cantik yang kami sertakan ini. Terima kasih kepada Cik Syikin & Gallery MMU.

Majlis yang di’hadiri Siti Nurhaliza & Datuk K ini adalah majlis untuk makan malam mengutip dana untuk Yayasan Universiti Multimedia (YMU) dan majlis ini berjaya mengutip lebih RM200,000.

Yang menariknya, dalam gambar-gambar yang ada, janggut di’wajah Datuk K bagai sengaja di’biarkan untuk kelihatan lebih macho. Teruskan Membaca →

Gambar Selebriti

(Gambar) Siti Nurhaliza Hadiri Acara Di Universiti Multimedia

(Sumber Foto & Sejuta Penghargaan: Cik Syikin)

Tidak dapat dipastikan bila & apakah acara yang di’hadiri Datuk Siti Nurhaliza kita ini. Tapi, kemesraan antara Siti Nurhaliza & Tun Dr. Siti Hasmah masih seperti dulu.

Yang menarik minat kami adalah corak baju biru yang Siti Nurhaliza pakai itu mirip corak pada kulit ular. Tapi kalau di’lihat dari dekat, ia hanyalah corak biasa & Siti Nurhaliza nampak cantik malam itu.

Tapi biasalah, tudung yang di’kenakan masih belum cukup sifat. Teruskan Membaca →

Gambar Selebriti

(Gambar) Fesyen Tudung Bunga Telur Datuk Siti Nurhaliza

Nama fesyen tudung ini kami reka sendiri. Dan, kami sebenarnya kurang pasti samada yang di’pakai Siti Nurhaliza ini tudung atau sekadar hiasan kepala?

Namun, hiasan ala fish-net di’hujung kepala itu mengingatkan kami kepada ikatan bunga telur yang biasa kita lihat di’rumah-rumah kenduri kahwin kampung.

Sekali nampak memang cantik tetapi jika direnung betul-betul fesyen Siti Nurhaliza hari ini, kami rasa ada baiknya tudung di’tolak ketepi buat sementara. Pakai biar ikhlas, Zainal Abidin kata.

Gambar Selebriti