TERBARU

Review Filem: Lagenda Budak Setan

Petang tadi kami berkesempatan untuk menonton filem Melayu terbaru di’pawagam — Lagenda Budak Setan.

Seperti semua sedia maklum, filem ini adalah adaptasi dari sebuah novel terlaris sepanjang zaman dengan tajuk sama karya Ahadiat Akasyah.

Filem ini di’arahkan oleh Sharad Sharan yang turut mengarahkan filem Diva & Tipu Kiri Tipu Kanan. Untuk berlaku adil, kami mengakui kami tidak pernah tonton filem arahan Sharad Sharan sebelum ini.

Mempertaruhkan hero tipikal masa kini, Farid Kamil & si manis kesukaan kami, Lisa Surihani, pengarah tidak begitu berjaya mencetuskan chemistry antara mereka berdua. Teruskan Membaca →

News

(Gossip) Pengarah Bengang, Fazura Berlagak Diva & Tidak Komited

Selepas satu, satu lagi kisah tidak senang tentang karier Fazura muncul menghiasi dunia hiburan. Kali ini melibatkan satu projek besar yang tidak kesampaian.

Seperti yang semua tahu, Fazura di’ambil berlakon dalam filem adaptasi novel ‘Lagenda Budak Setan’ untuk memegang watak Catriona di’samping Lisa Surihani & Farid Kamil.

Walaupun filem’nya masih belum keluar, drama siri’nya kini sedang menjalani pengambaran dan Fazura tidak terlibat sama kali ini.

Semuanya atas kerana pengarah filem & drama ini, Charad Charan mendakwa Fazura seorang artis yang tidak komited kepada kerja, berlagak diva & mempunyai masalah disiplin ketika di’lokasi.

Dengarnya bukan Fazura seorang sahaja yang bermasalah, Lisa Surihani juga di’singkirkan kerana pengarah terbabit tidak berpuashati dengan mutu lakonan Lisa Surihani dalam versi filem.

Terfikir sekejap kami apabila pengarah begini ada masalah dengan dua bintang sekaligus, artis yang bermasalah atau pengarah yang terlalu demand & tinggi harapan’nya? (via cari.com.my)

Gossip Selebriti

(Trailer) Lagenda Budak Setan: Dari Novel Terlaris Kini Ke Filem

Okay mungkin kami blog hiburan terakhir menulis tentang adaptasi novel ini ke filem kerana sebelum ini projek ini nampak semacam tidak menarik perhatian.

Tidak lagi selepas kami tonton trailer ringkas yang di’keluarkan beberapa hari lalu & satu sebab kuat untuk kami pergi tonton, sinematografi yang cantik.

Filem Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan, nama baru yang kami jangka bakal naik selepas ini, di’bintangi oleh nama-nama muda yang besar seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Fazura, Que Haidar, Raja Farah & ramai lagi.

Melihatkan kepada trailer yang di’keluarkan, pengarah filem ini berjaya mengangkat mood novel ke layar perak dengan gerak kamera & permainan warna yang sangat tepat.

Kami bukan pakar filem, tetapi Lagenda Budak Setan mungkin akan jadi antara filem paling cantik tahun 2010. Yang terbaik? Kita tonton dahulu di’pawagam.

Trailer Lagenda Budak Setan selepas ini. Lakonan Lisa Surihani nampak ada peningkatan. Enjoice! Teruskan Membaca →

News Video

(Gossip) Fazura Keluar Tengok Wayang Bersama Kerabat Diraja

Satu perkara yang kami rentan dengan media mainstream, suka sorok nama. Tak cool.

Murai.com.my hari ini mengeluarkan satu cerita yang boleh kami anggap masih dalam fasa gossip lagi.

Fazura, yang baru keluar dengan filem Pisau Cukur di’laporkan keluar menonton filem tersebut bersama seorang kerabat diraja.

Macam kami cakap, nama kerabat ini di’rahsiakan tetapi ada hint yang di’beri — berpendidikan tinggi, kacak (semestinya) & menjadi kegilaan ramai gadis.

Pasangan ini di’katakan pergi menonton wayang di’temani bodyguard Tengku tersebut & kelihatan sangat romantis bersama.

Kalau betul Fazura kini bersama kerabat diraja, cepat-cepatlah tamatkan zaman bujang, simpan lama-lama kalau kecewa, sendiri yang makan hati bukan?

Gossip Selebriti