(Gambar) Sekitar Konsert Seribu Warna Siti Nurhaliza

(Sumber Berita & Gambar: mStar Online)

Malam tadi berlangsungnya konsert solo kedua Siti Nurhaliza tahun ini selepas kejayaan konsert ‘SATU’ beberapa bulan lalu.

Tahun ini sahaja, Siti Nurhaliza menjayakan 2 konsert solo & mengikut perancangan, ada dua lagi konsert yang bakal di’jayakan oleh legenda hidup Malaysia ini.

Satu konsert sempena 15 tahun Siti Nurhaliza menjadi anak seni & satu lagi konsert kerjasama bersama M.Nasir.

Konsert Seribu Warna malam tadi di’hadiri kira-kira 9,000 orang & Siti Nurhaliza mendendangkan 12 buah lagu termasuk sebuah lagu Anuar Zain & Faizal Tahir. Teruskan Membaca

Tonton Konsert Seribu Warna Siti Nurhaliza Secara Live di Internet

Mungkin agak terlambat berita ini di’sampaikan tetapi ini sesuatu yang baru untuk sebuah konsert melibatkan Siti Nurhaliza.

Malam ini, akan berlangsung Konsert Seribu Warna di Stadium Malawati, Shah Alam dan sejajar dengan perkembangan dunia internet Malaysia, konsert ini akan di’pancarkan secara langsung menerusi internet.

Dengan kadar bayaran serendah RM15, peminat dapat menyaksikan konsert eksklusif ini terus di kaca komputer tanpa perlu keluar rumah.

Berminat? Anda boleh daftar & bayar menerusi perkhidmatan bank online pilihan anda sekarang & sebelum konsert bermula pastinya. Boss kami tidak keluarkan budget untuk ini. Heh.