Gambar: Diana Danielle Sebagai Gadis Cover Remaja & Lima Perkara Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Hampir pertengahan Januari 2011 baru kami perasan yang Diana Danielle menjadi gadis penghias Remaja bulan ini. Slowpoke? Yes!

Kami suka untuk memetik sebahagian dari isi kandungan temubual Remaja bersama Diana Danielle.

Dalam temuramah bersama Remaja, Diana Danielle mendedahkan lima perkara yang mungkin anda tidak tahu tentang pelakon remaja popular ini.

Lima perkara tentang Diana Danielle itu adalah seperti berikut;

  • Diana Danielle seorang yang kidal
  • Diana Danielle seorang yang rabun jauh
  • Diana Danielle seorang yang sangat suka makan petai
  • Hobi terbaru Diana Danielle adalah menunggang kuda
  • Diana Danielle tidak mempunyai dompet, beliau selalunya akan campak duit ke dalam beg tangan atau poket seluar.

Lagi gambar Diana Danielle dalam majalah Remaja selepas ini. Kredit tanpa prejudis buat team Remaja & dapatkan naskah anda hari ini — hanya RM5.00. Enjoice! Teruskan Membaca

(Gambar) Diana Danielle Ketika Kecil

Seperti yang kami janjikan semalam, kami akan berikan kepada anda semua set gambar selebriti yang kalian teka semalam.

Dengan undian 59% daripada anda semua menjawab selebriti itu adalah Diana Danielle, tanpa ragu lagi, kami persembahkan koleksi gambar Diana Danielle.

Gambar ini pada asal’nya di’kirimkan oleh Diana Danielle melalui Twitter & kami sebagai parasit meminta kebenaran untuk menggunakan gambar ini buat peminat semua.

Orang tua kata senyap tanda setuju. Maka, dengan itu kami guna juga gambar comel Diana Danielle ini tanpa persetujuan bertulis. Informasi untuk anda.

Lagi koleksi gambar Diana Danielle ketika kecil selepas ini. Termasuk gambar comel beliau tanpa baju. Jangan enjoice please! Teruskan Membaca

Syarikat Rakaman Amerika Syarikat Berminat Lamar Diana Danielle

Nampaknya bertambah seorang lagi artis kita bakal mencuri tumpuan di Amerika Syarikat (AS) selepas Zee Avi & kemungkinan besar, Yuna.

Diana Danielle yang sememangnya meminati bidang nyanyian & membuktikan beliau mampu menyanyi kini di’lamar oleh sebuah syarikat rakaman dari AS.

Seperti juga Yuna, Diana Danielle sekarang ini di’katakan sedang berbincang lebih lanjut tentang syarat-syarat kontrak dengan syarikat rakaman tersebut.

Diana Danielle mengakui yang peluang ini datang melalui seorang kenalan ibu’nya di Amerika Syarikat & segalanya sedang di’uruskan oleh pengurus beliau.

Ketika di’taya wartawan mStar Online tentang hasrat beliau samada untuk terima atau menolak lamaran ini, Diana Danielle menjawab,

“Tentulah saya akan terima tawaran itu jika syarat-syaratnya yang sedang kami bincangkan ini memberi faedah dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak”

“Peluang begini bukan datang selalu. Malah, ini adalah platform terbaik untuk saya kembangkan karier nyanyian di pentas antarabangsa,” kata Diana Danielle dalam nada gembira.

Belum Sempat Gossip Keluar Media, Diana Danielle Cantas Dulu

Tajuk mungkin sedikit mengelirukan namun tidak susah untuk di’jelaskan apa kisahnya di’sini.

Al-kisahnya, menurut Diana Danielle melalui Twitter, ada seorang individu berpangkat doktor menjaja cerita kepada rakan-rakannya yang beliau ternampak kelibat Diana Danielle & ibunya di kota London.

Menurut individu tersebut, Diana Danielle & ibunya shopping sakan di Oxford Street, London dan mengusung barangan mewah seperti beg Louis Vuitton.

Yang lebih memanaskan hati Diana Danielle adalah individu tersebut turut mempersoalkan siapakah yang menaja perbelanjaan mereka di’sana Disember lalu. Teruskan Membaca