Ashton Kutcher Kini Raja Televisyen, Terima Hampir US$1 Juta Setiap Episod

Tuah menjadi seorang pak sanggup.

Oh tidak, kami bukan bercakap tentang hubungan Ashton Kutcher dengan Demi Moore.

Pelakon utama siri sitkom popular ‘Two and a Half Men’, Charlie Sheen telah di’gugurkan beberapa bulan lalu atas masalah disiplin & Ashton Kutcher tampil menawarkan diri sebagai pengganti.

Habuan’nya, gaji sebanyak US$700,000 untuk setiap episod yang tersiar di televisyen.

Namun para pengamat industri di Hollywood mensasarkan yang Ashton Kutcher sebenarnya peroleh hampir US$1 juta per episod.

Angka ini tidak mustahil kerana ketika Charlie Sheen memegang watak utama, beliau menerima US$1.25 juta untuk setiap episod & hampir US$2 juta selepas perkongsian keuntungan.

Angka tersebut meletakkan Ashton Kutcher sebaris dengan pelakon siri TV popular yang lain seperti Hugh Laurie (House MD).

Berminat untuk lihat Ashton Kutcher menyanyikan lagu Katty Perry ‘Teenage Dream’? Video selepas ini. EnjoiceTeruskan Membaca

Harga Sebenar Selebriti Plastik: Termasuk Megan Fox & Heidi Montag

Seperti semua sedia maklum yang kebanyakkan selebriti A-list Hollywood mengamalkan pembedahan plastik untuk kekal cantik. Tetapi tahukah anda kos sebenar di’sebalik kecantikan yang mereka mahu?

Carta yang di’keluarkan oleh DailyFill ini jelas menunjukkan yang selebriti Hollywood tidak lokek untuk mencantikkan aset yang mereka ada demi menjaga periuk nasi sendiri.

Demi Moore contohnya, menghabiskan lebih USD400juta untuk pembedahan plastik dan hasilnya beliau nampak jauh lebih muda dari umur sebenar & memiliki Ashton Kutcher yang yeah, jauh lebih muda.

Klik gambar untuk saiz besar. Budget Megan Fox walaubagaimanapun tidak’lah sebesar mana. Heh. Teruskan Membaca