TERBARU

(Gambar) Majlis Pertunangan Datuk K & Umie Aida di I-Zen, Mont Kiara

(Kredit Foto: mStar Online) ‘Abang’ merupakan gelaran yang sering di’panggil kepada Datuk Khairuddin Abu Hassan, 47 oleh Umie Aida.

Malam tadi, mereka berdua selamat mengikat tali pertunangan di I-Zen, Mont Kiara 1 – kondominium mewah yang menjadi hadiah perkahwinan buat Umie Aida dari Datuk K.

Rakan-rakan artis seperti Erra Fazira dan Zahida Rafiq, Noryn Aziz, Lisa Surihani, Nora Danish, Nasha Aziz, Deja Moss, Linda Onn, Betty Banafe, Iqram Dinzly, Ako Mustapha, Chef Wan, Rebecca Nur Al-Islam, Sofea Jane, Jasmin Hamid turut sama memeriahkan majlis pertunangan ini yang turut di’hadiri 200 tetamu.

Lagi gambar-gambar majlis pertunangan Umie Aida & Datuk Khairuddin selepas ini. Teruskan Membaca →

News

(Gambar) Siapa Lelaki Bergelar Datuk K Dalam Hidup Umie Aida

Nampaknya Umie Aida tidak mahu kalah dengan status Siti Nurhaliza yang berkahwin dengan Datuk K.

Hari ini, Umie Aida mengumumkan yang beliau juga mempunyai Datuk K versi tersendiri.

Datuk K yang di’maksudkan Umie Aida adalah seorang tokoh perniagaan yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Padan dengan Umie Aida yang sememangnya juga seorang usahawan.

Majlis merisik antara Umie Aida & Datuk K telahpun di’langsungkan pada 17 Mei lalu & Umie Aida membayangkan yang majlis bertunang serta perkahwinan akan di’adakan dalam tahun ini juga.

Bertuah badan artis Malaysia yang dapat berkahwin dengan orang-orang berpengaruh sebegitu. Terjamin masa hadapan.

Semoga berbahagia Datuk K & Umie Aida. Sumber & Gambar: mStar Online

Gambar News Selebriti