TERBARU

Dato’ Siti Nurhaliza Idam Miliki Farmasi, Bakal Keluar Pewangi Dengan Jenama Sendiri

Oh tidak. Bukan kisah Dato’ Siti Nurhaliza lagi. Tahun 2012, kita semua perlu isytihar yang Januari sebagai bulan Siti Nurhaliza. Heh.

Seperti biasa, ini kisah ringan buat tatapan anda semua yang sedang bercuti sempena Tahun Baru Cina.

Kepada anda yang terpaksa, atau di’paksa bekerja, kami tahu akan perasaan anda & membaca gossip di’sini menurut kajian boleh untuk mengurangkan kesedihan anda.

Dalam temubual terbaru bersama media, Dato’ Siti Nurhaliza ada berkata tentang minat beliau akan kedai dengan konsep farmasi.

Dan, jika ke pusat beli belah, farmasi adalah satu lokasi yang mana Dato’ Siti Nurhaliza mampu habiskan banyak masa untuk melihat apa produk baru yang berada di pasaran — mungkin ilham untuk produk keluaran sendiri.

Oleh kerana minat itu, Dato’ Siti Nurhaliza ada meluahkan hasrat untuk suatu hari nanti menjadi pemilik farmasi.  Teruskan Membaca →

Fesyen Gambar Hiburan News Selebriti

Siti Nurhaliza Lancar Produk Terbaru, Bakal Adakan Konsert Promosi Album Di Australia

Eh. Meriah pula dunia hiburan kita dengan kisah Dato’ Siti Nurhaliza sejak beberapa hari ini. Harapan kami anda tidak kisah.

Menurut satu e-mail rasmi yang kami terima dari SimplySiti petang tadi, Dato’ Siti Nurhaliza bakal memperkenalkan barisan produk kecantikan baru di’bawah jenama SimplySiti tidak lama lagi.

Mengambil nama Dermagic (yang mungkin gabungan dermatologi + magic), barisan produk baru ini mengandungi Plant Endorphin yang akan membantu kulit anda tidak tertekan & membantu anda untuk lebih gembira. Hmm.

Mungkin kerana kami ini lelaki maka pemahaman kami terhadap istilah dari dunia kosmetik ini agak kurang dan mungin sampai masa’nya untuk kami memiliki penulis perempuan. Siapa mahu?  Teruskan Membaca →

Fesyen Hiburan Konsert Muzik News Selebriti

Gambar: Transformasi Siti Nurhaliza Persis Madonna Untuk GLAM Edisi Khas

Walaupun imej di’sebelah bukan satu idea asal namun ia’nya imej terbaik & paling elegan Dato’ Siti Nurhaliza sehingga hari ini.

Majalah GLAM edisi khas Januari 2012 berjaya menampilkan sesuatu yang berlainan dalam gaya penyanyi nombor satu negara ini — sofistikated.

Muka hadapan GLAM versi Dato’ Siti Nurhaliza ini di’ilhamkan dari penampilan Madonna menerusi lagu hits 80′an, Lucky Star.

Untuk edisi Januari 2012, GLAM akan menampil empat versi muka hadapan yang berbeza untuk koleksi peminat hiburan & fesyen Malaysia sebagai pembuka tirai tahun 2012 yang sangat di’nantikan.

Anda bagaimana? Setuju dengan penampilan khas Dato’ Siti Nurhaliza untuk GLAM Januari 2012 ini — atau anda sudah terkilan rambut beliau sudah berubah warna dan bukan bertudung? Hmm.

Fesyen Gambar Hiburan News Selebriti

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009/10

(Kredit Gambar: Ribuan Terima Kasih Buat Sahrudin Yusof)

Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza yang berjaya merangkul anugerah Bintang Paling Popular 2009 malam ini. Merupakan satu kejutan buat kami sebenarnya.

Jika anda berminat untuk mengetahui isi perut sepanjang majlis anugerah berlangsung, baca liveblogging kami selepas ini, sebelum video keluar di Youtube.

Terima kasih kepada semua yang mengikuti liveblogging ini & tahniah buat semua pemenang malam ini. Kita jumpa lagi tahun hadapan. Peace out! Teruskan Membaca →

News

Tidak Berjaya di Shout! Awards: Siti Nurhaliza Raih Artis Paling Popular

Tidak terlewat rasanya untuk kami ucapkan tahniah buat Siti Nurhaliza yang memenangi anugerah Artis Serantau Paling Popular di Anugerah Planet Muzik 2009 (APM 2009) tempoh hari.

Walaupun kemenangan artis Indonesia mendominasi APM kali ini, namun kemenangan Siti Nurhaliza sebagai artis paling popular merupakan kemenangan moral buat Malaysia. (Bak kata Barisan Nasional)

Siti Nurhaliza kalah kepada Jaclyn Victor di Shout! Awards 2009 dalam kategori Best Vocal. Tidak mengapa, beri ruang kepada generasi baru. Siti Nurhaliza juga menang anugerah Artis Malaysia Paling Popular di APM 2009.

Selain Siti Nurhaliza, Aizat dan Ayu turut berjaya mengharumkan nama negara. Aizat membawa pulang dua anugerah iaitu Artis Baru Lelaki dan Lagu Malaysia Paling Popular untuk “Hanya Kau Yang Mampu” sementara Ayu memperolehi anugerah Artis Baru Wanita.

News Selebriti