Gambar: Awal Ashaari & Scha al Yahya Sebagai Penghias EH! Edisi Februari 2012

Agak lama kami tidak paparkan penghias muka hadapan majalah yang menarik dan kali ini sekali lagi EH! memenuhi ruang.

Memang kena pemilihan Scha al Yahya dan Awal Ashaari sebagai penghias kulit EH! kali ini kerana pasangan ini sedang dalam radar peminat hiburan tempatan.

Bukan kerana apa, cuma Scha al Yahya & Awal Ashaari sudah pun mengumumkan yang mereka akan berkahwin sekitar 2012 namun belum menetapkan tarikh.

Tidak mengapa yang penting kedua dua mereka sudah pun merancang sesuatu yang baik untuk tahun 2012 ini dan kami doakan yang terbaik buat mereka.  Teruskan Membaca

Pasangan Kekasih Panas, Awal Ashaari & Scha al-Yahya Bakal Berkahwin

Pelik. Sepatutnya kredit untuk berita ini adalah untuk Gua.com.my namun laman hiburan itu menarik balik laporan berita ini tidak sampai 24 jam.

Bertuahnya anda sebagai peminat adalah ada golongan kami yang peka dengan berita baru biarpun baru 5 minit di’siarkan. Maka, kami simpan sedutan berita tersebut.

Copy pasta artikel yang hilang dari Gua.com.my bermula selepas ayat ini. Kami tidak mahu siarkan versi sendiri kerana takut salah informasi. Ada urat takut juga kami rupanya. Heh! Teruskan Membaca

Gambar Intim Scha al-Yahya & Awal Ashaari Bercuti Di Bali, Indonesia

Update: Kami tidak tahu sama ada entri ini ada kaitan dengan tindakan Awal Ashaari delete album gambar beliau di Facebook atau tidak. Kami keliru, kalau tidak mahu peminat tengok, kenapa upload?

Nampaknya pasangan kekasih yang dahulu’nya menafikan sebarang bentuk hubungan antara mereka kini sudah berani untuk tampil dengan adegan intim di’hadapan orang ramai.

Awal Ashaari & Scha al-Yahya baru-baru ini bercuti bersama (rakan-rakan yang lain) ke Bali, Indonesia & Awal Ashaari meletakkan gambar romantis mereka di Facebook.

Lebih menarik, ada sekeping gambar Scha al-Yahya tanpa sebarang make-up & kami boleh kata Scha dalam keadaan begitu agak mirip wajahnya dengan Marion Counter.

Lagi gambar percutian Scha al-Yahya & Awal Ashaari ke Bali, Indonesia bersama rakan rakan selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca

(Video) Scha al-Yahya Di Preview Filem Evolusi KL Drift 2

Jika rakan kami, Budiey di Sensasi Selebriti menyiarkan beberapa keping gambar Scha al-Yahya malam tadi, kami siarkan pula video’nya.

Video berdurasi kurang satu minit ini di’rakamkan saat-saat Scha al-Yahya mahu masuk ke panggung untuk tayangan preview Evolusi KL Drift 2.

Scha al-Yahya yang berpakaian cukup ringkas malam tadi sememangnya seorang selebriti yang mudah di’dekati & mudah memberikan kerjasama.

Walaupun kami tidak sempat untuk sama-sama menonton preview filem ini kerana ada komitmen lain, namun rata-rata peminat yang hadir menyatakan filem lakonan terbaru Scha al-Yahya ini lebih baik.

Jangan lupa saksikan Evolusi KL Drift 2 yang akan menemui anda di’pawagam berhampiran 25 Mac ini.

Video Scha al-Yahya ramah & tanpa penat melayan peminat beliau selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca

(Gambar) Scha al-Yahya Seksi Dalam Majalah EH! Keluaran Mac

Hari ini kami berkesempatan untuk ke’sebuah syurga buku terkemuka di Damansara sebelum bertemu dengan sekumpulan manusia hebat (yeah, you know who you are).

Ketika membelek majalah hiburan yang ada untuk mencari ilham, kami ternampak kelibat Scha al-Yahya sebagai muka depan keluaran terbaru EH!.

Tidak ada apa yang terlalu menarik tentang pengisian Scha al-Yahya sebagai cover story tetapi sekeping gambar muka penuh Scha al-Yahya menarik perhatian kami.

Gadis yang baru reda dari kontroversi ini nampaknya lebih berani berpakaian untuk sesi fotografi, kali ini dengan pakaian tembus pandang.

Agak seksi sebenarnya berbanding imej sebenar Scha al-Yahya yang selamba & ringkas apabila berpakaian di’dunia sebenar.

Mungkin gadis ini mahu bereksperimentasi dengan fesyen. Gambar penuh selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca