TERBARU

Bermula 1 Februari, Chef Wan Bakal Bergelar Datuk Chef Wan

Akhirnya orang yang selebihnya layak berbanding Shah Rukh Khan untuk menerima gelaran, terima gelaran yang setimpal.

Chef Wan yang kita kenali sememangnya seorang yang peramah & sikap beliau itu banyak membantu menaikkan karier beliau sebagai chef selebriti.

Kemuncaknya, tahun lalu Chef Wan di’anugerahkan sebagai selebriti chef terbaik dunia & ketika itu’lah rasanya Chef Wan juga patut terima gelaran Datuk seperti sekarang ini.

Bermula esok (1 Februari 2010), Chef Wan akan membawa gelaran Datuk yang di’kurniakan oleh Yang Dipertuan Agong dan kerajaan Malaysia.

Menurut sumber, ini bukanlah satu-satunya tawaran kurniaan Datuk yang Chef Wan terima malah 4 kali sebelum ini & semuanya di’tolak kerana belum bersedia untuk membawa gelaran tersebut.

Setinggi-tinggi tahniah untuk Chef Wan atas anugerah ini & semoga karier Chef Wan akan terus cemerlang serta membawa nama baik Malaysia lebih jauh di’mata dunia.

Kita tunggu sahaja Chef Wan bergelar datuk kepada anak Serina Redzuan. Pasti lebih bermakna saat itu.

News Selebriti

(Gambar) Keluarga Chef Wan Bersama Bakal Menantu, Gavin Edward

(Sumber Berita & Gambar: Terima kasih mStar Online)

Okay. Blah blah blah. Semua orang sudah tahu rasanya tentang majlis perkahwinan gilang gemilang yang bakal di’tempuhi Serina Chef Wan dan bakal suami’nya, Salahudin Ghaffar (Gavin Edward O’luanaigh).

Majlis perkahwinan mereka akan berlangsung 1 Januari ini & bakal menjalani 6 jenis majlis resepsi untuk meraikan tetamu & kenalan terdekat juga para peminat.

“Walaupun majlis-majlis ini belum berlangsung lagi, saya sudah tertekan. Saya berharap kami berdua akan segar dan sihat sepanjang majlis itu nanti,” Serina mengadu kepada wartawan.

Yang menarik perhatian kami adalah sekeping gambar yang menghimpunkan semua ahli keluarga Chef Wan termasuk bekas isteri beliau, Norhayati yang sangat jarang muncul di’media.

Kepada pasangan Serina & Salahudin Ghaffar, semoga perkahwinan kalian kekal abadi. Layangkan kad jemputan ke’sini jika sudi.

Gambar Selebriti

Perkahwinan Serina Chef Wan Bakal Bersiaran di Asian Food Channel

Editor: In your face Siti Nurhaliza. Your live wedding on national TV was nothing compared to this. Read on!

Majlis perkahwinan anak perempuan selebriti chef terkenal, Chef Wan nampaknya bukan biasa-biasa.

Majlis yang turut mengandungi 6 majlis berasingan ini akan di’siarkan di Asian Food Channel (AFC) selama satu jam.

Rakaman majlis perkahwinan ini juga akan di’jual kepada mana-mana stesyen TV seluruh dunia yang berminat dalam usaha mempromosikan Malaysia & budaya perkahwinan Melayu.

Serina Chef Wan bakal berkahwin dengan jejaka berbangsa Inggeris Salahudin Ghaffar, 33 awal Januari 2010.

Kita nantikan sahaja detik gemilang perkahwinan anak Chef Wan yang bakal di’tonton oleh seluruh peminat makanan di Asia.

Mana tahu, Oprah mahu beli hak siaran perkahwinan ini buat memenuhkan slot rancangan beliau nanti.

News Selebriti

(Gambar) Majlis Pertunangan Datuk K & Umie Aida di I-Zen, Mont Kiara

(Kredit Foto: mStar Online) ‘Abang’ merupakan gelaran yang sering di’panggil kepada Datuk Khairuddin Abu Hassan, 47 oleh Umie Aida.

Malam tadi, mereka berdua selamat mengikat tali pertunangan di I-Zen, Mont Kiara 1 – kondominium mewah yang menjadi hadiah perkahwinan buat Umie Aida dari Datuk K.

Rakan-rakan artis seperti Erra Fazira dan Zahida Rafiq, Noryn Aziz, Lisa Surihani, Nora Danish, Nasha Aziz, Deja Moss, Linda Onn, Betty Banafe, Iqram Dinzly, Ako Mustapha, Chef Wan, Rebecca Nur Al-Islam, Sofea Jane, Jasmin Hamid turut sama memeriahkan majlis pertunangan ini yang turut di’hadiri 200 tetamu.

Lagi gambar-gambar majlis pertunangan Umie Aida & Datuk Khairuddin selepas ini. Teruskan Membaca →

News

Chef Wan Sah Bergelar Selebriti Chef Terbaik Dunia (Tepuk!)

Kelmarin menjadi hari paling bersejarah dalam hidup Chef Wan apabila di’anugerahkan “The Best Celebrity Chef In The World” di ‘World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009′ bertempat di Comedie Francaise, Palais Royal.

“Wan bersyukur sangat, masih ada yang menghargai sumbangan Wan selama ini. Alhamdulillah…semua ini adalah rezeki dari Allah,” ucap Chef Wan dalam nada kegembiraan.

Agak-agaknya, bila kerajaan mahu anugerahkan pingat bergelar Datuk kepada Chef Wan? Jauh lebih layak rasanya berbanding Shah Rukh Khan. Sumber: mStar Online

News Selebriti