Hantar Gambar & Gossip Eksklusif Kepada Kami Untuk RM50. No Questions Asked.

E-mail Us: hi@rotikaya.com

Zizie Ezette Bulan Madu Di Eropah, Terima BMW Sport & Syarikat Sendiri

December 31, 2009 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities, News

hsertgsdf Zizie Ezette Bulan Madu Di Eropah, Terima BMW Sport & Syarikat SendiriAnda belum bosan mendengar kisah perkahwinan Zizie Ezette & Bung Moktar? Teruskan membaca.

Zizie Ezette hari di’laporkan telah berada di’salah sebuah negara Eropah untuk menunaikan kewajipan sebagai isteri & pasangan yang baru berkahwin.

Beliau di’laporkan terbang ke Filipina selepas selesai satu sessi pengambaran sebelum mengambil pesawat lain untuk terus ke Eropah.

Hadiah bulan madu bukan satu-satunya hadiah berharga dari Bung Moktar, Zizie Ezette juga di’khabarkan sudah menerima sebuah kereta mewah BMW Sport (M6?).

Lebih istimewa, kereta mewah beerwarna hitam itu memiliki nombor pendaftaran WPY 2121 (yang membawa makna Zizi).

Tidak cukup dengan hadiah yang sudah cukup mewah tersebut, Zizie Ezette juga di’khabarkan sudah memiliki syarikat penerbitan sendiri yang dikenali 2121 Vision Pictures Sdn. Bhd.

Gadis-gadis, jika inginkan masa hadapan yang terjamin & selesa, dapatkan suami dari kalangan VIP. Cepat sementara stok masih ada!

Bukan Yang Kedua, Zizie Ezette Adalah Isteri Keempat!

December 26, 2009 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities, Gossip

hsertgsdf Bukan Yang Kedua, Zizie Ezette Adalah Isteri Keempat!Satu per satu berita sensasi menerjah hari Sabtu nan indah ini.

Cik Andalusia kita dari Gua.com.my membawakan perkhabaran sensasi ini melalui seorang kawan’nya.

Selepas teka-teki perkahwinan Zizie Ezette dengan Datuk Bung Moktar terungkai, kini ada satu lagi persoalan timbul di’fikiran para peminat.

Betulkah Zizie Ezette isteri kedua Bung Moktar? Kawan Cik Andalusia memberitahu yang Zizie Ezette sebenarnya adalah isteri keempat.

Begitu sekali Zizie Ezette sanggup di’madukan. Bukan seorang, malah berkongsi kasih suami dengan tiga wanita lain.

Entah apa yang di’janjikan Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah kepada Zizie Ezette sehingga sanggup beliau menerima status isteri keempat.

Kami berharap keputusan yang Zizie Ezette buat hari ini bukan berdasarkan emosi & desakan hawa nafsu semata-mata. Kami hanya mampu doakan yang terbaik.

Rakan Sahkan Bung Moktar & Zizie Ezette Nikah Minggu Lepas

December 18, 2009 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities, News

94524244 Rakan Sahkan Bung Moktar & Zizie Ezette Nikah Minggu Lepas

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin disahkan sudah bernikah dengan pelakon terkenal, Zizie Izette minggu lepas.

Seorang rakan Bung Moktar di’parlimen mengesahkan perkara ini & juga berkata kemungkinan majlis resepsi telah di’adakan di’sebuah hotel malam kelmarin.

Sehingga hari ini, kedua-dua belah pihak masih bermain tarik tali dengan media sehingga Bung Moktar sendiri keluar kenyataan beliau tidak cukup kacak untuk Zizie Ezette.

Dalam sebuah laporan media lain, ada pihak mendakwa Bung Moktar telah pun makan malam bersama keluarga Zizie Ezette tidak berapa lama dahulu untuk mengenal hati budi kedua-dua belah pihak.

Jika benar mereka berdua telah berkahwin, ada baiknya jika mengaku sahaja. Ramai sudah tahu & anggap cerita ini benar.

Tidak salah rasanya mengaku & ucapan tahniah dari orang ramai itu boleh di’anggap doa penuh berkat.

Blog Widget by LinkWithin