Rizal Ashram Mengaku Tiz Zaqyah Ajak Keluar, Fasha Sandha Berjoget Riang

Tiz Zaqyah ada menghubungi saya empat kali, kira-kira jam 4 pagi, 19 Mac lalu. Kononnya dia ingin mengajak saya keluar tetapi saya menolak.”

Begitulah kata-kata Rizal Ashram yang kami copy pasta bulat-bulat dari Harian Metro hari ini. Kenyataan terbaru Rizal Ashram ini nampaknya akan menghangatkan situasi.

Tiz Zaqyah sebelum ini menyebut yang Fasha Sandha mengarut apabila menuduh beliau cuba menggangu hubungan cinta’nya dengan Rizal Ashram.

Mungkin kerana geram, Fasha Sandha memberikan lampu hijau kepada Rizal Ashram untuk mendedahkan segalanya. Mungkin.

Apabila tuan badan sendiri yang keluarkan kenyataan menyokong tuduhan Fasha Sandha terhadap Tiz Zaqyah, senang sudah jiwa raga.

Kita nantikan pula komen balas dari Tiz Zaqyah selepas ini. Masih menafikan atau mahu mula mengaku & menelan kepahitan yang di’cipta Fasha Sandha.

Update: Fizz Fairuz bersuara melalui mStar Online meminta Fasha Sandha jangan kaitkan namanya dengan agenda peribadi terhadap Tiz Zaqyah. Episod 2, action!

Update 2: Noh Hujan bergurau senda dengan Tiz Zaqyah dengan memetik laporan Harian Metro hari ini — “Patut la @tiztiztiz tak nak ajak aku klua.. Dia lepak 4 pagi. Time tu aku da tido..”

Tiz Zaqyah Dambakan Rasa Cinta Rizal Ashram, Pernah Goda Fizz Fairuz

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Kami rasa sangat perlu untuk kisah ini di’tulis semula dalam sebuah entri baru biar tiada orang yang keliru dengan kisah yang ingin kami sampaikan.

Awal malam tadi, Fasha Sandha keluar dengan satu kenyataan panas melalui Twitter yang menyebut tentang seorang wanita mengganggu teman lelaki beliau & juga Almy Nadia.

Kami yang lurus bendul menyangkakan tulisan itu di’tujukan kepada Nora Danish tanpa sebarang syak wasangka & kajian lanjut. Kepada Nora Danish, kami pinta kemaafan.

Menurut salah seorang rakan baik & juga orang belakang tabir karier Fasha Sandha, wanita yang di’maksudkan dalam kenyataan tersebut merupakan pelakon popular Nur Kasih — Tiz Zaqyah.

Dalam kisah yang di’sampaikan, ramai wartawan media perdana tahu akan hal ini dan ada menulis beberapa artikel berbaur gossip untuk menegur perbuatan Tiz Zaqyah ini.

Ketika artikel gossip itu keluar, Fasha Sandha masih mahu perkara ini di’rahsiakan dari pengetahuan umum kerana mahu menjaga nama baik Tiz Zaqyah. Teruskan Membaca

(Gossip) Fasha Sandha Kini Bercinta Dengan Saudagar Minyak, Tan Sri J

(Sumber Gambar Fasha Sandha: Terima Kasih Raez Zainal)

Baru semalam televisyen kami terpasang drama lakonan Fasha Sandha, hari ini terkeluar gossip baru.

Tan Sri J yang kami tulis bukanlah saudagar minyak ala filem klasik, namun beliau di’katakan pemegang saham terbesar dalam sebuah organisasi berkaitan minyak di’Malaysia.

Hubungan Fasha Sandha & Tan Sri J di’katakan sudah berlangsung agak lama dan tidak ramai sebenarnya dapat menghidu hubungan ini termasuklah media.

Namun baru-baru ini, Fasha Sandha di’lihat bersama Tan Sri J makan malam sempena menyambut tahun baru, Gua.com.my menulis.

Fasha Sandha turut membawa adik perempuan beliau namun selepas selesai makan malam, hanya Fasha Sandha seorang menemani Tan Sri J & mereka kelihatan sangat mesra bersama.

Tan Sri J & Fasha Sandha bukan setakat berpegangan tangan pada malam itu, malah Fasha Sandha dengan manjanya mengelap mulut lelaki terbaru dalam hidupnya itu selepas selesai makan.

Apa maknanya semua ini? Fasha Sandha akan tampil membuat kenyataan berunsur penafian sekali lagi di’media. Kita tunggu sahaja.

Fasha Sandha & Rizal Ashram: Sekali Lagi Dikatakan Berkahwin

Semalam (15 Julai), Harian Metro ada mendedahkan yang Fasha Sandha sudah mula secara terang-terangan menunjukkan hubungan beliau dengan Rizal Ashram.

Rizal Ashram yang juga bekas suami Nora Danish memang selama ini hebat di’kaitkan dengan Fasha Sandha tetapi kedua-dua mereka menafikan.

Berkali-kali juga media Malaysia secara online & offline mengeluarkan gossip bahawa kedua mereka ini sudah berkahwin namun sehingga hari ini tiada kesahihan.

Kali ini, sekali lagi ada sumber yang menyatakan pasangan ini baru sahaja berkahwin & berita ini masih baru. Sumber masih belum dapat memastikan kesahihan berita ini.

Well, aku tunggu sahaja perkembangan berita ini. Jika benar, bergegar sekali lagi dunia hiburan Malaysia.