Hujan Iringi Search Ke UK & Ireland, Tidak Perlukan Bakat Realiti TV

(Foto Konsert Band Malaysia Terbaik: Amrul Kareem)

Pertembungan dua zaman rock Malaysia bakal terjadi, bukan di’Malaysia tetapi di tanah United Kingdom & Ireland.

Ramai sedia maklum yang kumpulan rock legenda Search bakal mengadakan konsert Search Live In UK & Ireland di Dublin, London dan Liverpool pada 12 hingga 22 Februari depan.

Kumpulan Hujan yang kita kenali sebagai sebuah kumpulan paling berpengaruh hari ini bakal mengiringi Search dalam semua persembahan.

Tidak pasti sama ada Hujan akan tampil sebagai opening act atau pelengkap aturcara konsert. Namun, kehadiran Hujan sedikit merisaukan kami.

Dahulu, Hujan juga pernah mengadakan tour di tempat yang sama & sambutan yang diterima bukan kepalang.

Kali ini mereka hadir sebagai ‘pilihan kedua’ dan kemungkinan penonton yang hadir ke konsert Search nanti adalah mereka yang hanya mahu menonton Hujan secara dekat.

Bercakap tentang scene indie yang di’katakan di’bantu oleh nyanyian bakat dalam program realiti TV, Noh menjawab sebenarnya mereka tidak memerlukan semua itu.

“Kami tak kisah jika mereka tak bawa lagu-lagu kami dan kami tidak perlukan mereka untuk popular.”

“Bagi saya bintang realiti ini hanya 50 peratus sahaja yang membantu melahirkan artis yang berkualiti, selebihnya hanya jadi lambakan sahaja,” kata Noh Hujan kepada mStar Online.

Penyanyi Lentok, Ameng Spring Kata Band Indie Tiada Kualiti

(Sumber Berita & Gambar: Mangga Online)

Rasanya macam ada yang tidak kena dengan kenyataan berani dari mulut Ameng Spring ini.

Kumpulan yang di’anggotainya dahulu, Spring sememangnya popular dengan lagu seperti Sampai Hati & Bouganvilla. Namun, kami rasa ini bukan lesen untuk memperlekehkan band indie.

“Saya memang kecewa dengan kemunculan terlalu banyak band indie yang saya rasakan belum cukup layak untuk buat album sebenarnya,” kata Ameng Spring kepada media.

Kami ada tonton satu promosi iklan album terbaru Ameng Spring di’televisyen & pada pendapat kami, Ameng Spring masih mahu memperjuangkan irama lentok.

Kami tidak kata muzik kumpulan Spring tidak bagus, tetapi peredaran zaman & kehendak peminat berbeza. Irama lentok yang di’bawa sebenarnya sudah tidak relevan.

Sepatutnya yang senior seperti Ameng Spring berkolobrasi dengan band indie untuk meningkatkan mutu muzik Malaysia. Tiada guna hanya mengkritik.

Konsert Penutup Jelajah Malaysia & Singapura Hujan 22 November Ini

(Foto Konsert Band Malaysia Terbaik: Amrul Kareem)

Ahad ini akan menjadi hari terakhir konsert jelajah Singapura & Malaysia Hujan yang berlangsung sejak beberapa bulan lalu. Hujan atau panas, goreng saja gitar itu.

Konsert yang akan berlangsung di KL Live, Life Centre itu bakal menyaksikan peminat Hujan berkumpul menikmati persembahan tenaga band indie paling popular hari ini.

Konsert ini akan dihoskan oleh pengacara comel molek, Yasmin Hani & peminat juga akan dihidangkan video eksklusif belakang tabir konsert jelajah mereka.

Berminat? Tiket berharga RM15 and RM20. Anda boleh hubungi 017-206-7904 (Alef) atau 012-384-6990 (Nana) atau e-mail sahaja [email protected]