TERBARU

Rozita Che Wan Akan Bersara, Mula Jual Produk Bulu Mata Palsu

Berita kurang baik kepada peminat hiburan yang minat akan bakat lakonan hebat Roziat Che Wan di’kaca televisyen, beliau mahu bersara.

Rozita Che Wan mengesahkan pengumuman ini yang tiada kaitan dengan beliau sudah bertemu jodoh atau kaitan dengan mana-mana VIP yang pernah di’gossipkan.

Persaraan Rozita Che Wan di’katakan 100% atas dasar mahu berhenti dari dunia hiburan yang penuh gossip & pandangan masyarakat yang sering mengaibkan keluarganya.

“Saya akan mengeluarkan produk bulu mata palsu dengan jenama menggunakan nama saya.”

“Saya optimis perniagaan ini mampu berkembang,” kata Rozita Che Wan kepada wartawan.

Nampaknya pandai Rozita Che Wan mencari sumber rezeki lain selain bidang lakonan di Malaysia yang sememangnya tidak akan ke’mana-mana.

Dengar kata selepas berjaya memiliki BMW 3 Series, sasaran Rozita Che Wan selepas ini sebuah kereta lebih mewah, Porsche Cayenne.

News Selebriti

(Gossip) Rozita Che Wan Ke Singapura Borong Beg Tangan Berjenama?

Kredit Gambar: MyNameIsEOne (Rozita Che Wan di Saloma Bistro)

Editor’s Note: Apa jenis gossip yang kamu orang tulis ni? Selebriti beli beg tangan berjenama pun jadi isu. Hishh!

Al-kisahnya ada seorang hamba Allah ini menyampai berita tentang dirinya yang mengetahui tentang perihal aktress hangat Malaysia, Rozita Che Wan ke Singapura baru-baru ini.

Penyampai maklumat ini memberitahu yang aktress bermata galak ini memborong 7 buah beg tangan mewah berjenama Louis Vuitton & sebuah beg tangan jenama Gucci.

Yang beliau hairankan di’sini ialah di’mana Rozita Che Wan memperoleh wang yang begitu banyak untuk di’belanjakan pada satu-satu masa?

Dalam pengetahuan kami, barang jenama mewah secara am’nya memang lebih murah di’Singapura berbanding Malaysia sendiri.

Mungkin Rozita Che Wan ke’sana atas dasar mahu berjimat & bercuti sekaligus. Maklumlah aktress ini sentiasa sibuk dengan lakonan.

Jangan pula ada yang kaitkan mana-mana VIP dengan Rozita Che Wan dek hanya kerana beliau borong beg mewah. Rezeki masing-masing ‘kan?

Gossip Selebriti

Cara VIP Memikat: Jet Peribadi Untuk Jelitawan Rozita Che Wan

Hampir tercekik bebola ikan bila kami baca tajuk berita hari ini.

Rozita Che Wan di’tawarkan penerbangan ke luar negara dengan jet peribadi untuk menemani VIP.

Rozita Che Wan yang di’temubual wartawan Harian Metro mengakui yang beliau ada menerima tawaran luar biasa itu.

Bukan itu sahaja, beliau juga mengaku pernah di’tawarkan wang ringgit tanpa had jika bersetuju untuk menemani seorang VIP makan malam selama dua jam.

Jika di’lihat kepada tugas & wang ringgit yang di’sogok, ianya nampak mudah namun Rozita Che Wan bukan murah maruahnya.

Selain Rozita Che Wan, penyanyi Alyah juga pernah di’tawarkan RM35,000 untuk menyanyikan dua buah lagu dan menemani seorang VIP sehingga jam 5 pagi.

Abby Abadi pula pernah di’ajak untuk minum teh bersama seseorang di Eropah selain menerima tawaran melancong bernilai ratusan ribu ringgit.

Senang betul jutawan Malaysia leburkan duit semata-mata untuk bersama selebriti jelita Malaysia.

Kami yakin, ada sebenarnya selebritiyang kabur mata menerima semua tawaran yang ada, cuma mereka bijak bersembunyi.

News Selebriti

(Gossip) Rozita Che Wan Bakal Kahwini VIP Mirip Datuk K?

Selepas Umie Aida yang menggemparkan Malaysia sedikit masa dahulu dengan pengumuman Datuk K versi sendiri, kini giliran Rozita Che Wan.

Zubir The King dalam tulisan terbarunya hari ini menyebut kebanyakan gossip yang timbul pada tahun 2009 boleh di’percayai kerana selalu di’akhiri dengan kebenaran.

Hari ini juga, Zubir The King menulis gossip pertama beliau pada tahun 2010 ini — berkaitan bakal suami Rozita Che Wan.

Pelakon wanita ‘rebutan’ ramai ini di’katakan bakal berkahwin dengan seorang VIP mirip wajah Datuk K milik Datuk Siti Nurhaliza.

Menurut Zubir The King wajahnya sahaja yang seperti Datuk K, potongan muka, bermisai, berkulit putih dan memiliki fesyen rambut yang sama dengan suami ikonik Malaysia itu.

Entah betul entah tidak berita yang di’sampaikan Zubir The King ini, namun tahun 2010 seperti tahun yang baik untuk Rozita Che Wan tamatkan zaman ‘solo’ beliau.

Gossip Selebriti