Rozita Che Wan Akui Zain Saidin Jadi Teman Bercuti Ke Genting Highlands

Sebelum apa apa, bagaimana anda rasa prestasi editor kami yang muncul buat pertama kali di TV9 malam tadi? Awesome?

Bukan sekali dua kita mendengar akan kisah aktress sensasi, Rozita Che Wan dan kawan rapat beliau bernama Zain Saidin.

Wartawan mStar Online hari ini berjaya menghidu aktiviti Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang di’khabarkan pergi bercuti ke Genting Highlands, Pahang baru baru ini.

Dalam artikel terbitan hari ini, wartawan tersebut menulis yang beliau terima panggilan telefon dari petugas kawasan pelancongan itu yang nampak kelibat Rozita Che Wan & Zain Saidin. Teruskan Membaca

Gambar: Rozita Che Wan Bertudung Ala Datuk Siti Nurhaliza. Comel!

Bagus sebenarnya jadi insan bernama Datuk Siti Nurhaliza, apa sahaja yang di’kenakan pasti menjadi ikutan peminat.

Kami menulis bukan kerana gambar Rozita Che Wan ini semata mata, tetapi selepas membuat carian ringkas di Google, peminat sebenarnya berminat untuk mengenakan serkup ala Siti Nurhaliza.

Berbalik kepada Rozita Che Wan, gambar ini sebenarnya di’rakamkan oleh wartawan Murai.com.my beberapa hari lalu ketika rakaman sebuah majlis bersama Astro Awani.

Sekali imbas memang gaya Rozita Che Wan memang seperti Datuk Siti Nurhaliza dan ceritanya, seorang kanak kanak memanggil janda meletup ini sebagai Siti Nurhaliza.

Bercakap kepada wartawan, beliau bukan mahu meniru gaya bertudung Siti Nurhaliza namun memakai serkup kepala kerana salah satu aktiviti ketika majlis itu melibatkan penggunaan cat.

Dek Rozita Che Wan Minat Darah Muda, Zain Saidin Sekali Lagi Tunjuk Minat

Ini bukan kali pertama pengakuan dari mulut jejaka ini di’buat.

Tidak lama dahulu, Zain Saidin mengatakan yang beliau memang nampak Rozita Che Wan sebagai wanita idaman beliau.

Ketika itu Zain Saidin namanya masih sangat baru dalam dunia hiburan namun hari ini, pelakon berdarah kacukan ini agak di’kenali ramai melalui beberapa drama lakonan beliau.

Dalam temubual terbaru bersama Berita Harian, Zain Saidin sekali lagi mengakui yang beliau meminati Rozita Che Wan dari jauh.

“Jika ada jodoh saya dengan dirinya, saya tidak menolaknya dan menerima. Soal penerimaan ibu dan ayah saya, semua itu boleh dibincangkan bersama,” ujar Zain Saidin.

Mungkinkah ini respons Zain Saidin kepada kenyataan Rozita Che Wan beberapa hari lepas yang mengatakan beliau berminat dengan jejaka muda?

Dalam perkembangan lain, Zain Saidin turut menjawab desas desus mengatakan beliau akan berhijrah ke Indonesia kerana wajah kacukan beliau tidak di’terima ramai di Malaysia.

Beliau menjelaskan niat tersebut hanya untuk mencuba nasib di bumi Indonesia, bukan’nya merajuk dengan industri hiburan Malaysia. Zain Saidin masih menerima banyak tawaran modelling & berlakon di’sini.

(Gambar) Rozita Che Wan & Shahir AF8 Cover Untuk B*Pop Minggu Ini

Anda boleh baca tentang jawapan stereotaip kedua-dua belah pihak, Rozita Che Wan & Shahir AF8 tentang gossip yang melanda mereka berdua di B*Pop Berita Harian hari ini.

Jika anda ingin melihat gambar mereka berdua dalam saiz yang lebih besar & resolusi yang sama, boleh teruskan membaca selepas ini.

Jika anda rasa diri anda cukup awesome & belum menjadi sebahagian komuniti kami, halakan skrin anda ke laman Facebook rasmi kami di facebook.com/rotikaya. Teruskan Membaca

Cinta Rozita Che Wan Sudah Dimiliki, Akan Tutup Aurat Selepas Haji

Berita kurang baik sekali lagi buat jejaka atau mana-mana VIP yang mendambakan Rozita Che Wan sebagai kekasih hati, cinta janda panas ini sudah di’miliki.

Mengakui yang mereka sudah bercinta sejak berbulan lama, Rozita Che Wan memuji jejaka bertuah berusia 34 tahun itu sebagai seorang yang gentlemen kerana tidak pernah menyakitkan hati sepanjang bercinta.

Pada 26 April ini, Rozita Che Wan & adiknya, Ayu Raudhah akan mengerjakan umrah buat kesekian kalinya. Menurut Rozita Che Wan, pintu hatinya masih belum terbuka untuk mengerjakan haji.

Katanya, jika sudah mengerjakan haji, tidak mungkin dia akan berpakaian seksi dan mendedahkan aurat lagi.

Janda pujaan’ku Rozita Che Wan, anda tidak patut berpakaian seksi & mendedahkan aurat sepanjang masa. Itu hukum & peraturan yang sebenarnya.

Well, apalah sangat yang boleh kami katakan tentang hal ini, anda seorang selebriti, mungkin lain fahaman’nya. Peace out!

12