TERBARU

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009/10

(Kredit Gambar: Ribuan Terima Kasih Buat Sahrudin Yusof)

Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza yang berjaya merangkul anugerah Bintang Paling Popular 2009 malam ini. Merupakan satu kejutan buat kami sebenarnya.

Jika anda berminat untuk mengetahui isi perut sepanjang majlis anugerah berlangsung, baca liveblogging kami selepas ini, sebelum video keluar di Youtube.

Terima kasih kepada semua yang mengikuti liveblogging ini & tahniah buat semua pemenang malam ini. Kita jumpa lagi tahun hadapan. Peace out! Teruskan Membaca →

News

AF8: Aznil Hj Nawawi Bakal Duduki Kerusi Pengkritik Tetap?

Nampaknya semakin hampir Akademi Fantasia 8, semakin ramai nama besar dalam industri hiburan di’kaitkan.

Selepas barisan tenaga pengajar di’umukan & menyaksikan kehadiran Que Haidar yang kami nampak agak kurang sesuai, kini kerusi pengkritik tetap menjadi sebutan.

Pengkritik tetap merupakan antara elemen terpenting dalam ramuan cliche Akademi Fantasia untuk menarik ribuan penonton saban minggu.

Berita yang belum sahih kami terima menyebut bekas pengacara Akademi Fantasia, Aznil Hj Nawawi bakal menduduki posisi tersebut.

Jika benar pengacara riang & berjiwa muda ini menjadi pengkritik tetap, maka kami ada sebab untuk tonton Akademi Fantasia 8.

Mungkin kita boleh tonton Aznil Hj Nawawi dalam keadaan lebih serius & jujur dalam menilai persembahan perserta AF8 nanti. Kita nantikan.

News Selebriti

(Video) Trailer Magika – Filem Muzikal Pertama Arahan Edry KRU

Terasa lama pula mahu menunggu Februari 2010 untuk menonton Magika hasil sentuhan Edry KRU ini.

Trailer yang mereka siarkan secara tidak rasmi di’Youtube menunjukkan plot & sinematografi filem ini nampak menarik.

Edry KRU mempertaruhkan Diana Danielle sebagai teraju utama filem ini di’samping lebih 20 bintang terkenal Malaysia seperti M.Nasir, Maya Karin, Ning Baizura, Adibah Noor, Vanidah Imran, Nabil (Raja Lawak) dan Aznil Hj Nawawi.

Filem ini secara asasnya menggabungkan hampir kebanyakkan mitos atau dongeng dalam komuniti Melayu seperti nenek kebayan, Mahsuri, orang minyak, Hang Tuah & puteri bunian.

Filem Magika ini di’katakan menelan belanja hampir RM2 juta yang mana RM500,000 di’peruntukkan untuk bayaran pelakon sahaja.

Proses akhir suntingan filem Magika ini di’lakukan di Bangkok, Thailand. Trailer Magika selepas ini. Teruskan Membaca →

News Video

Aznil Hj Nawawi Tegur Tuan Guru Nik Aziz Dalam Surat Khabar

Nampaknya isu Tuan Guru Nik Aziz mengangkat tangan mendoakan di’turunkan bala buat Perdana Menteri mandapat perhatian ke peringkat selebriti.

Aznil Hj. Nawawi yang jarang-jarang menulis tentang senario politik Malaysia hari ini tampil dengan tulisan menegur tindakan kontroversi Tuan Guru Nik Aziz tersebut.

Dalam tulisan beliau, Aznil Hj. Nawawi berpendapat tindakan Nik Aziz seolah menyimpang dari ajaran agama Islam sebenar yang mengunjurkan kita untuk mendoakan kebaikan terhadap orang lain.

Tindakan Nik Aziz ini tidak lain tidak bukan kerana permintaan royalti minyak berjumlah RM1 billion tidak di’tunaikan kerajaan pusat.

Baca tulisan penuh Aznil Hj. Nawawi berkenaan tindakan terbaru Tuan Guru Nik Aziz di’sini.

News Selebriti

Shila OIAM Jelmaan Hannah Montana?

Shila OIAM

Kesempatan menyanyikan lagu tema Hannah Montana iaitu, Best of Worlds yang dipopularkan Miley Cyrus tidak semestinya menjadikan Shila yang mula di’kenali (bukan popular) setelah memasuki OIAM seorang jelmaan Hannah Montana.

Shila yang nyata teruja dengan kesempatan muncul bersama Aznil Hj.Nawawi sebagai pengacara bersama siri khas Hannah Montana.

Anak gadis ND Lala ini berkata sesuatu tentang ayah’nya, “Satu lagi persamaan adalah ayah Hannah Montana adalah seorang penyanyi dan komposer bagi lagu country, manakala ayah saya pula adalah seorang penyanyi serta komposer bagi lagu-lagu yang berentak folk”.

Bila masa ND Lala menyanyi & menulis lagu berentak folk? Atau aku yang buta muzik?

Selebriti