Aznil Hj Nawawi Bakal Letak Jawatan, Henti Aktiviti Sebagai DJ Era FM?

Perkara ini sedang panas di Twitter sejak beberapa jam yang lalu — pertanyaan demi pertanyaan dari peminat muncul.

Namun Aznil Hj Nawawi atau panggilan popular beliau Pak Nil hanya membalas dengan senyuman kepada setiap pertanyaan yang datang di Twitter.

Rata rata peminat prihatin dengan ura ura yang mengatakan Pak Nil akan berhenti dari jawatan penyampai radio (deejay) Era FM tidak lama lagi — namun tiada sebarang kepastian.

Kenyataan terakhir Pak Nil melalui Twitter beliau mengumumkan yang satu sessi temuduga terbuka bakal di’adakan di’seluruh negara untuk mencari penyampai baru Era FM yang bakal di’latih sendiri oleh Pak Nil.

Kami cuba menghubungi pembantu peribadi Aznil Hj Nawawi untuk mendapatkan komen tentang khabar angin ini tetapi panggilan masih belum terjawab sehingga artikel ini di’tulis. Hmm.

(Gambar) Aznil Hj Nawawi Buat Siaran Langsung Dari SK Desa Pandan

Rasanya sudah satu Malaysia tengok gambar yang tersiar di akhbar Utusan Malaysia hari ini. Kami sedikit slowpoke hari ini. Siapa peduli ‘kan?

Gambar di’atas di’ambil sempena siaran luar Era FM yang di’jayakan oleh Aznil Hj Nawawi sendiri bersama dua penyampai lain, Ray & Haniff.

Ini bukan pertama kali Aznil Hj Nawawi turun sekolah untuk membuat siaran luar sempena hari baru persekolahan, tahun lepasa Era FM melakukan’nya di SK Bukit Nanas & SMK St John, KL.

Gambar ini di’ambil ketika mereka berada di SK Desa Pandan sebelum mereka berangkat ke Tadika Kemas Desa Pandan untuk menamatkan sessi siaran luar khas tahun ini.

Anda masih ingat situasi hari pertama anda berada di’tempat ngeri bernama sekolah? Dan, di’kelilingi oleh stranger yang entah siapa siapa. Ha ha!

(Gossip) Aznil Hj Nawawi Akan Kembali Menjadi Hos Akademi Fantasia 9?

Pagi pagi Isnin sudah bercerita tentang Akademi Fantasia 9 (AF9), bosan ‘kan? Tetapi ini mungkin berita baik untuk mereka yang sudah tawar hati dengan Akademi Fantasia.

Selepas gossip yang mengatakan lagenda hidup rock Malaya, Amy Search bakal muncul sebagai pengetua AF9, kini timbul satu lagi gossip menarik.

Bekas pengacara atau hos tetap Akademi Fantasia dari musim pertama sehingga musim kelima, Aznil Hj Nawawi di’katakan bakal kembali ke pentas utama.

Aznil Hj Nawawi yang telah meninggalkan Akademi Fantasia selama tiga tahun ini berakhir menjadi pengkritik tetap sehingga Akademi Fantasia 8 (AF8) yang lalu.

Kami sebenarnya menyambut baik kembalinya Aznil Hj Nawawi ke pentas Akademi Fantasia, namun sama seperti keadaan Amy Search, kami harapkan tiada lagi edisi untuk Akademi Fantasia.

Kredit gambar tanpa prejudis buat Irwandy Mazwir (Flickr). Ada tips tentang selebriti? E-mailkan kepada kami atau melalui Twitter @rotikaya.

Good morning Malaysia!

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009/10

(Kredit Gambar: Ribuan Terima Kasih Buat Sahrudin Yusof)

Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza yang berjaya merangkul anugerah Bintang Paling Popular 2009 malam ini. Merupakan satu kejutan buat kami sebenarnya.

Jika anda berminat untuk mengetahui isi perut sepanjang majlis anugerah berlangsung, baca liveblogging kami selepas ini, sebelum video keluar di Youtube.

Terima kasih kepada semua yang mengikuti liveblogging ini & tahniah buat semua pemenang malam ini. Kita jumpa lagi tahun hadapan. Peace out! Teruskan Membaca

AF8: Aznil Hj Nawawi Bakal Duduki Kerusi Pengkritik Tetap?

Nampaknya semakin hampir Akademi Fantasia 8, semakin ramai nama besar dalam industri hiburan di’kaitkan.

Selepas barisan tenaga pengajar di’umukan & menyaksikan kehadiran Que Haidar yang kami nampak agak kurang sesuai, kini kerusi pengkritik tetap menjadi sebutan.

Pengkritik tetap merupakan antara elemen terpenting dalam ramuan cliche Akademi Fantasia untuk menarik ribuan penonton saban minggu.

Berita yang belum sahih kami terima menyebut bekas pengacara Akademi Fantasia, Aznil Hj Nawawi bakal menduduki posisi tersebut.

Jika benar pengacara riang & berjiwa muda ini menjadi pengkritik tetap, maka kami ada sebab untuk tonton Akademi Fantasia 8.

Mungkin kita boleh tonton Aznil Hj Nawawi dalam keadaan lebih serius & jujur dalam menilai persembahan perserta AF8 nanti. Kita nantikan.

12