TERBARU

(Audio) Penjelasan Gossip Scha al-Yahya Bercinta Dengan Awal Ashaari

UPDATE: Menurut sumber, 99% kemungkinan Scha al-Yahya & Awal Ashaari menyambut tahun baru di’Singapura. Mereka di’khabarkan pergi berasingan untuk mengelak di’kesan orang ramai.

Kebetulan esok, akan berlangsungnya konsert gabungan Siti Nurhaliza & M.Nasir di Singapura. Nantikan kelibat mereka di’sana!

Hari ini, portal hiburan Murai.com.my mengeluarkan satu rakaman perbualan seorang wartawan dengan Scha al-Yahya.

Butir perbualan mereka berdua banyak berkisar tentang cakap-cakap orang yang mengatakan Scha al-Yahya & Awal Ashaari bercinta.

Scha al-Yaha berkata beliau tidak mahu cakap apa-apa tentang hubungan ini tetapi mengakui beliau & Awal Ashaari sememangnya ‘rapat gila babi’.

Wartawan ada bertanyakan tentang orang produksi yang berkata Awal Ashaari sering datang ke lokasi pengambaran yang melibatkan Scha al-Yahya.

Scha al-Yahya menganggap itu perkara biasa kerana beliau juga sering datang ke sesi rakaman yang melibatkan Awal Ashaari.

Dengarkan perbualan selamba Scha al-Yahya tentang Awal Ashaari, terima kasih kepada Murai.com.my. Enjoice!

News Selebriti

Scha al-Yahya Marah Penulis Blog Gossip Melalui Facebook

Baca: Scha al-Yahya & Awal Ashaari Di’lihat Bermesra Di Hartamas Square

Scha al-Yahya, kita sekarang hidup dalam zaman internet & segalanya terbuka. Privacy kita semakin mengecil.

Beberapa hari lalu, Scha al-Yahya ada menulis luahan hati di’Facebook tentang apa yang terjadi selepas Fahrin Ahmad buka mulut berkaitan orang ketiga.

Scha al-Yahya mengakui yang hubungan mereka berdua putus bukan kerana orang ketiga & beliau ada bukti kukuh untuk tunjuk kepada khalayak ramai.

Apa yang buat Scha al-Yahya naik angin adalah apabila ada penulid blog gossip yang menggunakan Twitter beliau sebagai bahan berita.

“Twitter. I tweet, kalau I approve request, ada pulak yg tak bertanggungjawab buat benda bukan2. taruk daalm blog,scoop sana scoop sini. lumrah. Itulah yg internet buat. Bila kita nak lebih dekat dengan peminat, ada pulak yg mencacatkan niat2 tu”

Miley Cyrus berhenti menggunakan Twitter atas sebab yang sama, wartawan menggunakan informasi dari Twitter beliau sebagai bahan berita. Teruskan Membaca →

News Selebriti

Awal Ashaari Tuduh Fahrin Ahmad Gagal Pikat Scha al-Yahya & Gila Seks?

Dan, kisah cinta tiga segi selebriti muda ini menjadi lebih rumit tetapi menarik untuk di’ikuti.

Awal Ashaari dalam mesej Twitter terbaru’nya menulis sebaris ayat akan mencetuskan kisah baru dalam episod perpisahan Scha al-Yahya & Fahrin Ahmad.

“And don’t f*king blame the third party if u are no longer be able to hit your gf, or have failed to be a succesful sex-maniac.”

Keras bukan bunyinya? Namun semua orang tahu beberapa hari lalu Fahrin Ahmad keluarkan kenyataan tentang orang ketiga dalam hubungan cinta beliau sehingga mengakibatkan perpisahan.

Awal Ashaari yang tidak pun di’sebut dalam kenyataan Fahrin Ahmad mula melenting melalui Twitter & di’sokong hebat oleh Scha al-Yahya.

Mesej Awal Ashaari di’atas menangkis ‘tanggapan’ ramai pihak bahawa beliau adalah orang ketiga yang Fahrin Ahmad maksudkan.

Untuk memberi hint tentang apa sebenarnya yang terjadi, Awal Ashaari membayangkan yang Fahrin Ahmad sebenarnya gagal untuk memikat Scha al-Yahya dan dalam masa yang sama gagal untuk menjadi teman lelaki yang gila seks.

Dalam keadaan begini, susah untuk kami tafsirkan apa maksud sebenar Awal Ashaari. Mungkin wartawan mStar Online boleh tanyakan bagi pihak kami?

Gossip Selebriti

(Gossip) Cinta Tiga Segi Pengacara Sehati Berdansa?

Setiap hari ada sahaja cerita tentang Scha al-Yahya, risau aku di’buatnya. Risau orang akan menyampah atau bosan.

KOSMO! hari ini mengeluarkan satu berita yang seakan menyokong tulisan aku beberapa hari lepas. Hubungan Scha al-Yahya & Fahrin Ahmad bagai telur di’hujung sudu.

Cuma dalam tulisan wartawan tersebut, Scha & Fahrin putus beberapa hari selepas hari raya tempoh hari. Maksudnya masih baru lagi hubungan mereka terlerai.

Garis masa yang tidak konsisten ini menimbulkan satu keraguan, adakah khabar-khabar angin sebegini di’timbulkan untuk menarik perhatian terhadap Sehati Berdansa musim ke-3?

Ada satu khabar angin terbaru yang mengatakan sekarang Scha al-Yahya & Awal Ashari sedang di’lamun cinta. Berita yang mengatakan Awal Ashari sekarang sedang hangat bercinta di’katakan merujuk kepada hubungan beliau dengan Scha al-Yahya.

Teman rapat Awal Ashari di’katakan sedar akan hubungan ini apabila Awal & Scha saling berbalas status messenger di’Blackberry mereka.

Jika benar seperti apa yang didakwa, maka program Sehati Berdansa tahun ini akan lebih dahsyat kerana melibatkan pengacara yang terlibat dalam cinta tiga segi. Kasihan Fahrin.

Gossip Selebriti