TERBARU

(Video) Scha al-Yahya Di Preview Filem Evolusi KL Drift 2

Jika rakan kami, Budiey di Sensasi Selebriti menyiarkan beberapa keping gambar Scha al-Yahya malam tadi, kami siarkan pula video’nya.

Video berdurasi kurang satu minit ini di’rakamkan saat-saat Scha al-Yahya mahu masuk ke panggung untuk tayangan preview Evolusi KL Drift 2.

Scha al-Yahya yang berpakaian cukup ringkas malam tadi sememangnya seorang selebriti yang mudah di’dekati & mudah memberikan kerjasama.

Walaupun kami tidak sempat untuk sama-sama menonton preview filem ini kerana ada komitmen lain, namun rata-rata peminat yang hadir menyatakan filem lakonan terbaru Scha al-Yahya ini lebih baik.

Jangan lupa saksikan Evolusi KL Drift 2 yang akan menemui anda di’pawagam berhampiran 25 Mac ini.

Video Scha al-Yahya ramah & tanpa penat melayan peminat beliau selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca →

Selebriti Video

(Gambar) Scha al-Yahya Seksi Dalam Majalah EH! Keluaran Mac

Hari ini kami berkesempatan untuk ke’sebuah syurga buku terkemuka di Damansara sebelum bertemu dengan sekumpulan manusia hebat (yeah, you know who you are).

Ketika membelek majalah hiburan yang ada untuk mencari ilham, kami ternampak kelibat Scha al-Yahya sebagai muka depan keluaran terbaru EH!.

Tidak ada apa yang terlalu menarik tentang pengisian Scha al-Yahya sebagai cover story tetapi sekeping gambar muka penuh Scha al-Yahya menarik perhatian kami.

Gadis yang baru reda dari kontroversi ini nampaknya lebih berani berpakaian untuk sesi fotografi, kali ini dengan pakaian tembus pandang.

Agak seksi sebenarnya berbanding imej sebenar Scha al-Yahya yang selamba & ringkas apabila berpakaian di’dunia sebenar.

Mungkin gadis ini mahu bereksperimentasi dengan fesyen. Gambar penuh selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca →

Gambar Selebriti

Awal Ashaari Sudah Ada Kekasih Hati, Bakal Kahwin Tahun Hadapan

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Entahkan ya entahkan tidak gossip yang sampai ke pengetahuan peminat hiburan ini. Awal Ashaari mahu kahwin.

Hari ini dalam kenyataan tidak rasmi Awal Ashaari melalui Twitter, beliau mengeluh akan panggilan telefon wartawan yang tidak henti-henti bertanyakan kes Linda Onn & Fahrin Ahmad.

Awal Ashaari mendakwa beliau tidak kisah sedikit pun akan perkara tersebut & letih menjawab soalan yang sama dari wartawan.

Di’fikirkan, memang betul juga kata Awal Ashaari, beliau sebenarnya hanya watak sampingan dalam kancah percintaan epik tersebut. Apa yang beliau mahu kisahkan.

Berbalik kepada topik, seorang peminat hiburan memaklumkan yang Awal Ashaari di’khabarkan sudah memiliki seorang kekasih yang berjaya menambat hati jantan Awal Ashaari.

Maklumat ini di’katakan datang dari ahli keluarga Awal Ashaari sendiri & mereka di’katakan bakal berkahwin tahun hadapan.

Yang misteri, siapa gadis bertuah tersebut? Adakah si gadis itu adalah Scha al-Yahya yang kini sedang hangat di’perkatakan media.

Nah! Sekarang wartawan ada soalan baru untuk Awal Ashaari, betulkah beliau sudah berpunya & merancang perkahwinan tidak lama lagi?

Gossip Selebriti

Awal Ashaari, Sejak Bila Awak Miliki Kelulusan Sebagai Pakar Motivasi?

Seronok betul kami dengar celoteh Awal Ashaari di rancangan Fuhhh! hari ini. Ceria & tidak segan silu menghentam penulis blog.

Awal Ashaari yang sekarang ini sebenarnya ada masalah dengan persepsi manusia menggunakan televisyen untuk menangkis semua tulisan penulis blog hiburan tentang beliau.

Dengan menggelarkan para penulis blog ini sebagai tidak beretika & tidak mempunyai apa-apa kelulusan untuk menjadi wartawan.

Soalan daripada kami yang tidak beretika & tidak punya kelulusan ini, sejak bila awak ada kelulusan dalam bidang motivasi?

Awal Ashaari di’jemput untuk memberikan ceramah motivasi di Sekolah Kebangsaan Kg. Sungai Sampo, Jempol Negeri Sembilan November tahun lalu. Teruskan Membaca →

Gossip News Selebriti

(Gambar) Aktiviti Hujung Minggu Linda Onn, Awal Ashaari & Scha al-Yahya

Kami tulis di’sini atau melalui Twitter kami yang mereka bertiga ini sudah menjadi kawan sejati selepas insiden ‘teman tapi mesra’ bersama Fahrin Ahmad.

Baru-baru ini, mereka bertiga keluar bersama rakan-rakan yang lain’nya untuk melakukan satu aktiviti ekstrim bersama — menaiki ATV merentasi hutan belantara.

Linda Onn ada menulis di’blog beliau bagaimana ketika bersembang bersama Scha al-Yahya, mereka sebenarnya mengalami perkara yang sama ketika bercinta dengan Fahrin Ahmad.

Nampaknya semakin misteri apa sebenarnya yang berlaku antara mereka kerana secara jelasnya, punca perpisahan mereka dengan Fahrin Ahmad nampak sama.

Lagi gambar Linda Onn, Scha al-Yahya & Awal Ashaari selepas ini. Ada gambar Scha al-Yahya basah lencun. Enjoice! Teruskan Membaca →

Gambar Selebriti