Awal Ashaari Takut Wartawan, Minta Layanan Istimewa – Polis

(Sumber Gambar: Sedutan Sidang Akhbar di Astro | Berita: mStar Online)

Masih belum habis lagi kisah penangkapan epik Awal Ashaari, Scha al-Yahya & yang lain-lain. Kali ini, pihak polis bersuara.

Menurut pihak polis, mereka memberikan layanan sama rata kepada semua yang terlibat & Awal Ashaari tidak terkecuali.

Layanan istimewa yang di’dakwa Awal Ashaari dalam sidang media malam tadi adalah atas permintaan Awal Ashaari sendiri yang mahu menyorok dari wartawan.

“Selepas ujian air kencingnya selesai, ikutkan Awal sudah boleh beredar dari situ (IPK) tetapi dia yang minta untuk berada di situ buat sementara waktu kerana takut dengan ‘paparazi’.”

Pihak polis juga meminta orang ramai supaya tidak pandang serong terhadap polis atas kenyataan ‘layanan istimewa’ dari Awal Ashaari.

(Sidang Media) Awal Ashaari Tertekan, Scha al-Yahya Silap Percaturan

(Sumber Gambar: Awal Ashaari & Berita: mStar Online)

Malam tadi selepas berakhirnya Sehati Berdansa, Awal Ashaari & Scha al-Yahya mengadakan sidang akhbar khas.

Awal Ashaari menjelaskan yang beliau bukan enggan, tetapi tertekan sehingga tidak mampu berikan sampel air kencing.

Beliau terpaksa di’bawa ke balai polis & di’berikan air sebanyak 3 botol sebelum ujian dadah membuktikan beliau bebas dari pengaruh alkohol & benda asing.

Scha al-Yahya mendakwa kehadiran mereka di Rootz tidak di’rancang sama sekali kerana pelan asal mereka semua akan ke Teeq.

Scha al-Yahya mendakwa mereka semua tidak mengetahui yang Rootz beroperasi tanpa lesen.

Kalau di’ikutkan dari kenyataan mereka, nampak seperti mereka berdua mangsa keadaan yang tidak bernasib baik pada malam tersebut.

Tidak mengapa Awal Ashaari & Scha al-Yahya, sekurang-kurangnya kamu berdua berani tampil memberikan penjelasan.

Sekarang semua orang sudah tahu kisah sebenar & hidup mesti di’teruskan bukan? Let’s get some ice cream first.

Good Morning, Awal Ashaari!

UPDATE: Awal Ashaari Akan Adakan Sidang Media Malam Ini (mStar Online)

Selamat pagi Awal Ashaari! Bagaimana hari anda 24 jam yang lalu, dengar kata kamu jalani terapi untuk tenangkan diri.

Jangan risau, dunia belum berakhir dek kerana insiden malam kelmarin. Jika ada peminat tanya, jawab’lah sejujur mungkin.

Kami ada perasaan yang sangat kuat yang Fahrin Ahmad ketika ini sedang geli perut melihatkan apa yang terjadi selepas kamu mendakwa beliau sebagai gila seks.

Jika ada wartawan tanya juga tentang Scha al-Yahya, jawab juga sejujur mungkin. Jangan biar kata-kata makan diri sendiri selepas ini.

Untuk selebriti urban seperti kamu Awal Ashaari (mahu pun Scha al-Yahya, Qi, Juliana Evans), pergi clubbing bukanlah perkara besar untuk kami.

Kami akan tetap tonton final Sehati Berdansa atau mana-mana karya lakonan kamu semua. Kami tidak ramai artis berbakat sebagai pilihan.

Yang ikhlas, penulis blog gossip yang masih sayangkan kamu Awal Ashaari (dan yang lain-lain). Kamu semua masih awesome.

Ujian Dadah: Awal Ashaari Lepas, Qi Blogger Boy Sangkut Positif

Terbukti sudah yang Awal Ashaari adalah selebriti yang di’maksudkan media sepanjang hari ini. Berita baik’nya, ujian dadah beliau negatif.

Menariknya, ada satu lagi nama muncul dari tangkapan malam tadi yang mana hasil ujian dadah’nya positif.

Menurut sumber, individu tersebut adalah Qi yang sebelum ini popular dengan sebuah rancangan travel & kini popular dengan drama bersiri Blogger Boy.

Sumber menyatakan yang beliau adalah satu-satunya selebriti yang di’dapati positif dalam ujian dadah tersebut — Ridzuan Hashim & Awal Ashaari adalah antara selebriti lain.

Seperti biasa cerita masih dalam proses perkembangan & sebarang berita yang terkini akan kami update secepat mungkin.

Hairan, Hari Natal tetapi banyak cerita artis Melayu yang meraikannya di’sekitar Kuala Lumpur.

Termasuk seorang pelakon cantik manis yang menganjurkan makan malam sempena Krismas — siap dengan hidangan ayam Turki.

Awal Ashaari Ditangkap Di Bukit Bintang & Enggan Jalani Ujian Dadah?


(Sumber Berita & Maklumat Lanjut: mStar Online)

Editor’s Note: Guys, this story got covered by most of major newspaper labels today. This actor must be someone who popular & big.

Pertama sekali ini adalah gossip. Akan tetapi, peristiwa seorang pelakon juga pengacara rancangan hiburan di’tangkap di Bukit Bintang adalah benar belaka.

Mengikut clue yang di’berikan oleh pihak media, pelakon yang di’maksudkan itu kemungkinan besar adalah Awal Ashaari.

Menurut laporan media, pelakon tersebut berusia 28 tahun & secara kebetulan Awal Ashaari lahir pada tahun 1981. Kira sendiri.

Satu lagi kebetulan yang kami jumpa adalah status Twitter salah seorang rakan mereka yang menyatakan mereka akan berjumpa di’sekitar Pavillion, Bukit Bintang jam 6 petang semalam. Teruskan Membaca