Selain Ombak Rindu, kami harap anda sedar yang kita masih ada beberapa buah filem lain di’pawagam dan hari ini pembukaan New Year’s Eve.
Kalau anda masih ada mood ala romantik di hujung tahun begini, New Year’s Eve merupakan karya Hollywood mesti tonton untuk anda berdua. Eh.
Dari pengarah yang sama membawakan anda Pretty Woman & Valentine’s Day, Garry Marshall sekali lagi memberikan sentuhan beliau dengan tema sambutan tahun baru 2012.
Membariskan nama nama besar Hollywood seperti Ashton Kutcher, Halle Barry, Zac Efron, Robert De Niro, Michelle Pfeiffer, Jessica Biel dan Alyssa Milano — filem ini bakal menarik perhatian kelompok yang sama jatuh cinta dengan filem Valentine’s Day.
Kalau anda tanyakan kami yang sempat menonton filem ini semalam, kami katakan ini merupakan alternatif yang baik jika anda tiada pilihan lain atau kehabisan tiket Ombak Rindu. Teruskan Membaca
Tuah menjadi seorang pak sanggup.
Seperti semua sedia maklum yang kebanyakkan selebriti A-list Hollywood mengamalkan pembedahan plastik untuk kekal cantik. Tetapi tahukah anda kos sebenar di’sebalik kecantikan yang mereka mahu?