Hantar Gambar & Gossip Eksklusif Kepada Kami Untuk RM50. No Questions Asked.

E-mail Us: hi@rotikaya.com

(Gossip) Pengarah Bengang, Fazura Berlagak Diva & Tidak Komited

April 20, 2010 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities, Gossip

img2526copymn6 (Gossip) Pengarah Bengang, Fazura Berlagak Diva & Tidak Komited

Selepas satu, satu lagi kisah tidak senang tentang karier Fazura muncul menghiasi dunia hiburan. Kali ini melibatkan satu projek besar yang tidak kesampaian.

Seperti yang semua tahu, Fazura di’ambil berlakon dalam filem adaptasi novel ‘Lagenda Budak Setan’ untuk memegang watak Catriona di’samping Lisa Surihani & Farid Kamil.

Walaupun filem’nya masih belum keluar, drama siri’nya kini sedang menjalani pengambaran dan Fazura tidak terlibat sama kali ini.

Semuanya atas kerana pengarah filem & drama ini, Charad Charan mendakwa Fazura seorang artis yang tidak komited kepada kerja, berlagak diva & mempunyai masalah disiplin ketika di’lokasi.

Dengarnya bukan Fazura seorang sahaja yang bermasalah, Lisa Surihani juga di’singkirkan kerana pengarah terbabit tidak berpuashati dengan mutu lakonan Lisa Surihani dalam versi filem.

Terfikir sekejap kami apabila pengarah begini ada masalah dengan dua bintang sekaligus, artis yang bermasalah atau pengarah yang terlalu demand & tinggi harapan’nya? (via cari.com.my)

(Gambar) Bila Rina ex-Sehati Berdansa Datang Ke Anugerah Juara Lagu 24

January 13, 2010 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities, Photos

tftgevwerf (Gambar) Bila Rina ex Sehati Berdansa Datang Ke Anugerah Juara Lagu 24

Belum habis lagi cerita fesyen artis di Anugerah Juara Lagu 24? Sudah-sudah’lah. Ya, kami faham keluhan hati anda.

Sedang orang ramai masih memperkatakan gaya pemakaian yang di’kenakan Betty Benafe tempohari, peminat hiburan seolah-olah terlepas pandang fesyen yang di’kenakan Rina.

Rina yang pernah menyertai rancangan Sehati Berdansa datang ke majlis Anugerah Juara Lagu ke 24 dengan busana hitam yang menggunakan bra beliau menjadi sebahagian perhiasan.

Ya, sekali lagi, mata-mata kami memang mata orang buta fesyen, namun secara terang-terangan bra yang di’pakai Rina sengaja di’tonjolkan menjadi sebahagian fesyen. Read more

(Video) Jimmy Shanly Ambil Peluang Bermanja Bersama Diana Danielle

December 26, 2009 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities, Videos

efwefdasca 3 (Video) Jimmy Shanly Ambil Peluang Bermanja Bersama Diana Danielle

Melihat video sedutan Trek Selebriti terbaru, nampak kemesraan yang wujud antara mereka.

Jimmy Shanly menjemput Diana Danielle untuk menjadi tetamu kepada rancangan hits beliau Trek Selebriti & kelihatan Jimmy Shanly tidak mahu melepaskan peluang.

Kemesraan yang wujud antara mereka jelas terpancar apabila Jimmy Shanly tidak segan silu melayan Diana Danielle seperti kekasih hati.

Mungkin di’luar kaca TV mereka memang sedia rapat & tidak kisah jika kemesraan mereka terbawa-bawa ke kaca televisyen.

Video penuh Jimmy Shanly bermanja bersama Diana Danielle dalam Trek Selebriti selepas ini. Read more

Ummi Nazeera Masih Enggan Buka Mulut: Minta Lupakan Apa Terjadi

December 24, 2009 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities, News

rvtgvrtgt Ummi Nazeera Masih Enggan Buka Mulut: Minta Lupakan Apa TerjadiSemua pihak terutamanya media & peminat masih ternanti-nanti kenyataan dari Ummi Nazeera.

Isu percakaran dengan Remy Ishak masih belum selesai & menuntut Ummi Nazeera menceritakan apa yang terjadi.

Namun kenyataan terbaru dari Ummi Nazeera secara tidak rasmi nampaknya si gadis masih menyimpan rahsia.

Ummi Nazeera secara sinis meminta semua pihak supaya tidak mengungkit lagi apa yang telah berlaku antara beliau & Remy Ishak.

Beliau juga ada menyatakan yang benar atau salah itu biar Tuhan yang tentukan kerana setiap yang terjadi pasti bersebab.

“Peristiwa yang lama jangan dikenang. Sabar itu separuh dari iman. Betul dan salah Allah yang tentukan. Tak perlu kita menuding jari.”

“Yang salah pasti ada sebabnya.Yang betul, syukur alhamdulillah. Hentilah bertanya benda yang lepas. Wasalam”

Siapa pun yang berada di’pihak benar sekarang tidak penting, peminat mahu tahu apa sebenarnya yang terjadi pada masa & kejadian itu berlaku.

Jika Ummi Nazeera terus-terusan senyap & membiarkan pihak ketiga bersuara, mungkin sedikit tidak adil buat Remy Ishak.

Jutawan Jus Diet, Dr Rozmey Sertai Bidang Penerbitan Filem

December 24, 2009 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities, News

rtgbdvtg 1 Jutawan Jus Diet, Dr Rozmey Sertai Bidang Penerbitan Filem

Kalau sesiapa yang rajin membeli Harian Metro, pasti naik bosan melihat wajah jejaka idaman Malaya ini.

Dr Rozmey yang ‘popular’ kerana mengeluarkan formulasi berkesan untuk kuruskan badan kini bakal mengembangkan sayap perniagaan beliau.

Dr Movie Production di’tubuhkan untuk memperbanyakkan portfolio perniagaan Herba Prima Marketing yang di’terajui Dr Rozmey.

Filem pertama yang menerima dana dari jutawan jus diet ini adalah filem Cempaka yang turut di’terbitkan oleh Yasmin Khanif.

Filem suspense-thriller yang menelan belanja kira-kira RM3.5 juta ini akan memulakan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Kedah awal bulan depan. Skripnya dihasilkan oleh Imran Ismail.

Dalam kisah yang sama, Yasmin Khanif mendakwa Yasmin Khanif Production di’tubuhkan hasil titik peluh sendiri & tidak di’taja mana-mana VIP seperti di’dakwa.

“Saya sudah berlakon iklan sejak kira-kira tujuh tahun lalu dan melalui hasil simpanan sendiri, saya dapat menubuhkan YKP,” kata Yasmin Khanif kepada media.

Next Page »

Blog Widget by LinkWithin