TERBARU

Maya Karin Teringin Berlakon Drama Sehebat Nur Kasih

Kami ingat kisah Maya Karin menjadi pengacara baru Nona sudah basi, rupanya hype tentang ini masih berkeliaran.

Seawal Oktober rasanya TV3 sudah memberikan ura-ura yang Maya Karin bakal mengacarakan rancangan wanita popular mereka, Nona.

Tidak mengapa. Yang menarik minat kami hari ini adalah keinginan terbaru Maya Karin.

Bukan mengidam yang bukan-bukan kerana mengandung kerana awal-awal lagi Maya Karin sudah umumkan yang beliau mahu tangguh semua itu demi kerjaya.

Maya Karin yang di’temui media baru-baru ini berharap ada pihak boleh memberikan skrip sehebat Nur Kasih untuk beliau.

“Sebenarnya saya sudah mula gemarkan drama, terutama drama bersiri. Saya juga teringin berlakon drama kalau ditawarkan skrip sehebat Nur Kasih.”

Maya Karin pernah muncul dalam dua buah drama — Anak Pontianak & Waris yang mana kedua-duanya mengambil inspirasi filem lakonan beliau.

News Selebriti

Dan, Mereka Kata Akademi Fantasia 8 Akan Tetap Diteruskan

Peminat Akademi Fantasia, anda boleh tarik nafas lega.

Kepada bukan peminat Akademi Fantasia, atau program realiti terutamanya, ini akan membunuh anda.

Segala gossip & teka teki siapa yang akan meneraju Akademi Fantasia 8 akan bermula tidak lama lagi.

Gossip yang sebenarnya bertujuan mencetuskan hype ini sebenarnya hanya berkesan sekali dua untuk program realiti seperti Akademi Fantasia.

Masuk edisi ke-8, kami rasa sangat patut pihak Astro membelanjakan duit lebih untuk memantapkan bahagian teknikal & persembahan pentas.

Kerja kamera dalam program Akademi Fantasia musim-musim lepas juga tiada beza dengan teknologi 10 tahun lalu.

Jangan hanya mahu kaut untung tetapi menerbitkan program yang tiada nafas baru, statik & tidak bermanfaat kepada industri hiburan.

Sehingga ke hari ini, tiada seorang pun juara Akademi Fantasia yang benar-benar memberi impak kepada peningkatan taraf industri hiburan.

Jika pihak Astro nampak hal ini selain dari keuntungan berjuta ringgit hasil undian SMS, kami pasti mereka akan segan menerbitkan program sampah begini. – M

News

Kandungan Surat Terbuka Ibu Ummi Nazeera Buat Remy Ishak

Kami sekeluarga berdiam diri selama ini agar siasatan dapat dijalankan pihak berkuasa, sekali gus ingin memberi ruang untuk kamu mengaku perbuatan yang kamu lakukan.

Sebaliknya kamu masih lagi berterusan memberi kenyataan yang tidak benar hampir setiap hari menerusi media massa.

Masyarakat membaca dan mungkin percaya dengan apa yang kamu katakan, tapi Allah melihat apa yang sebenarnya kamu lakukan. Teruskan Membaca →

News Selebriti

(Gambar) Aidil Zafuan Kongsi Pingat Emas Bersama Rita Rudaini & Anak

Berjauhan beribu batu bermain untuk negara tinggalkan anak & isteri berbalas dengan sebutir pingat emas yang di’menangi di Sukan SEA 2009.

Aidil Zafuan yang menjadi antara tonggak penting dalam pasukan bola sepak Malaysia berkongsi kegembiraan & kemanisan sebuah kejayaan bersama orang tersayang.

Gambar terbitan Utusan Malaysia hari ini menunjukkan Aidil Zafuan menghulurkan pingat emas yang di’menangi kepada Airit Rayyan Rizqin sambil diperhatikan Rita Rudaini di Kangar, semalam.

Kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas negara dalam acara bola sepak di Sukan SEA.

Gambar Selebriti

Azza Elite Kesempitan Wang: Cari Bekas Suami Untuk Sara Anak Angkat

Rasanya baru sahaja dunia hiburan di’sajikan dengan gambar yang menunjukkan seolah-olah Azza Elite berada dalam dunia kemewahan.

Hari ini, dalam akhbar hujung minggu Malaysia, Azza Elite berkata beliau sedang mencari Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce, bekas suami beliau.

Mereka berkahwin atas dasar cinta bercerai lebih 5 tahun lalu & ketika masih bersama, mereka berdua bersetuju untuk mengambil seorang anak angkat, Marissa Jannah.

Marissa Jannah kini sudah berusia 4 tahun & Azza Elite di’katakan meminta bantuan Ehsan untuk memberi nafkah membesarkan anak angkat tersebut.

Oleh kerana anak angkat ini adalah atas persetujuan bersama, Azza Elite ingin menuntut janji dari Ehsan berkaitan kebajikan Marissa Jannah.

Harap’nya Ehsan dapat menghubungi Azza Elite berkaitan hal ini, jika sudah tiada sayang, jalankan tanggungjawab seperti mana yang di’janji terhadap anak kecil tersebut.

News Selebriti