Gossip: Harun Salim Bachik Bakal Lepas Jawatan Presiden Seniman Tidak Lama Lagi?

Sesekali mari kita layankan gossip orang orang yang banyak warnai belakang tabir industri hiburan Malaysia hari ini.

Bukan’nya selalu anda dapat baca gossip berat sebegini dan hari ini ada cerita yang berkaitan dengan kepimpinan Persatuan Seniman.

Sekitar akhir tahun 2009, Harun Salim Bachik telah terpilih melalui undian untuk memegang jawatan Presiden Seniman dan ketika itu mengalahkan Datuk Mustapha Maarof dengan hanya empat undi.

Tahun 2012 merupakan penggal kedua Harun Salim Bachik memegang jawatan Presiden Seniman tetapi ada suara suara yang mengatakan kepimpinan pelawak & pelakon ini seperti tidak berkesan.  Teruskan Membaca

Berjaya Terima Visa Kerja, Yuna Tekad Menetap Di Amerika Syarikat

Sejak lebih setahun yang lalu, Yuna sering berulang alik dari tanah Amerika Syarikat ke Malaysia atas urusan kerja.

Selepas menandatangani perjanjian dengan syarikat rakaman indie, Fadel Laber, Yuna nampaknya semakin sibuk dengan urusan kerjaya beliau di’sana.

Yuna kini di’khabarkan sudah mempunyai lebih 30 buah lagu sebagai calon untuk album terbaru beliau yang akan di’pasarkan di Amerika Syarikat & juga Eropah.

Namun Yuna masih meneruskan misi menulis lagu untuk mencari sentuhan terbaik untuk album sulung beliau yang mensasarkan audience yang lebih luas.

Berkata kepada Murai, Yuna mengakui yang beliau kini sudah mempunyai visa bekerja dan dengan itu beliau bercadang untuk menetap di Amerika Syarikat untuk jangkamasa yang lebih lama.

Namun Yuna berjanji akan pulang setiap 6 bulan bertemu media & peminat di Malaysia kerana Yuna sangat menghargai jasa rakyat Malaysia yang banyak menaikkan nama beliau.

Tidak sabar rasanya untuk mendengar album penuh terbaru Yuna walapun belum apa apa kerana ada kolaborasi bersama Pharell Williams dan Guy Sebastian. Mesti gempak.

Gambar: Maya Karin Di Majlis L’OREAL Selepas Hilang Di Amerika Selatan

Okay. Bukanlah hilang. Cuma Maya Karin mengembara jauh ke Amerika Selatan mencari diri sendiri.

Kami sebenarnya masih cemburu dengan kemampuan Maya Karin untuk sampai ke Amerika Selatan kerana sana adalah destinasi backpacking impian kami.

Melihatkan gambar gambar Maya Karin ketika di sana, teringin untuk kami ajak wanita kental ini ber’backpacking bersama. HAHA!

Rakan media kami, Budiey baru baru ini hadir ke majlis pelancaran produk terbaru L’OREAL yang mana Maya Karin menjadi duta produk bersama Vanidah Imran.

Maka, kami sajikan gambar-gambar terbaru Maya Karin yang kini kembali aktif dalam dunia hiburan. Jika anda teliti, Maya Karin nampak sedikit berisi. Hati gembira mungkin. Enjoice! Teruskan Membaca

Gambar: Maya Karin & Adiknya, Irina Melati Berkongsi Rahsia Kecantikan

Sooo what’s up? Rindu kami? Heh.

Setelah beberapa kami suci dari gossip liar artis, kami kini kembali.

Pagi ini kita mulakan dengan sesuatu yang lebih santai — Maya Karin & adiknya.

Dalam Harian Metro keluaran hari ini, Maya Karin tampil bersama adik’nya, Irina Melati untuk berkongsi rahsia kecantikan mereka berdua.

Kami tidak tahu sama ada anda pun sama, ini merupakan kali pertama untuk kami Maya Karin & adiknya di’gandingkan bersama.

Sedikit info berkenaan Irina Melati, beliau kini bertugas sebagai seorang peguam di kota London & pernah muncul dalam beberapa video muzik di’sana.

Terbaru, Irina Melati di’sambar pihak L’Oreal Malaysia untuk menjadi duta untuk salah satu produk keluaran mereka. Maya Karin juga salah seorang duta L’Oreal.

Irina Melati kini berusia 27 tahun & kini sudah kembali ke London untuk meneruskan kerjaya guaman beliau. Lagi gambar selepas ini. Teruskan Membaca

Yuna Bakal Muncul Dengan Siri Minyak Wangi Sendiri, Ala Hollywood

Kami suka sebenarnya jika seorang selebriti atau artis itu mempunyai mentaliti seorang usahawan. Mereka akan berinovasi.

Sebelum ini khalayak sudah tahu yang penyanyi suara gemersik (ehemm), Yuna menjalankan peniagaan menjual pakaian dengan jenama sendiri.

Nampaknya kekasih hati Qi ini bakal muncul dengan satu lagi produk untuk peminat & rakyat Malaysia umum’nya.

Gambar di’atas menunjukkan lakaran awal bungkusan & botol minyak wangi keluaran Yuna yang kami faham membawa nama ‘Yuna Decorate’.

Menurut Yuna sendiri melalui Twitter, siri wangian keluaran beliau ini akan menjadi satu produk istimewa mampu milik & bercitarasa tinggi.

Kredit gambar kepada Yuna melalui Twitter & tips oleh SelebriTweets. Ada tips? Hantarkan melalui e-mail atau Twitter kami, @rotikaya.