Tidak Berjaya di Shout! Awards: Siti Nurhaliza Raih Artis Paling Popular

Tidak terlewat rasanya untuk kami ucapkan tahniah buat Siti Nurhaliza yang memenangi anugerah Artis Serantau Paling Popular di Anugerah Planet Muzik 2009 (APM 2009) tempoh hari.

Walaupun kemenangan artis Indonesia mendominasi APM kali ini, namun kemenangan Siti Nurhaliza sebagai artis paling popular merupakan kemenangan moral buat Malaysia. (Bak kata Barisan Nasional)

Siti Nurhaliza kalah kepada Jaclyn Victor di Shout! Awards 2009 dalam kategori Best Vocal. Tidak mengapa, beri ruang kepada generasi baru. Siti Nurhaliza juga menang anugerah Artis Malaysia Paling Popular di APM 2009.

Selain Siti Nurhaliza, Aizat dan Ayu turut berjaya mengharumkan nama negara. Aizat membawa pulang dua anugerah iaitu Artis Baru Lelaki dan Lagu Malaysia Paling Popular untuk “Hanya Kau Yang Mampu” sementara Ayu memperolehi anugerah Artis Baru Wanita.

(Gossip) Diana Danielle Ke Anugerah Planet Muzik 2009 Dengan Duit Sendiri?

Aku bukanlah orang arif dalam hal delegasi artis ke majlis anugerah. Tetapi, bukankah kebiasaan’nya artis akan di’bawa kemana majlis anugerah luar negara dengan tajaan penaja?

Murai Batu hari ini mengisahkan yang kenapa Anuar Zain tidak turut serta delegasi Malaysia ke Indonesia sempena majlis Anugerah Planet Muzik 2009 (APM 2009).

Yang menarik perhatian aku adalah nota pendek selepas tulisan itu yang menyatakan Diana Danielle turut serta tetapi menggunakan duit sendiri.

Mungkin itu pelaburan buat Diana Danielle yang sedang berjinak-jinak dengan dunia nyanyian.

Atau pun sebagai satu peluang untuk bertemu ‘teman’ seperjuangan dari seberang.