TERBARU

Undi: Pelakon TV Wanita Popular Untuk Anugerah Bintang Popular 2010

Hari Sabtu adalah hari bermalas malasan untuk kebanyakkan orang. Ini termasuk kami yang tahu menghargai hari Sabtu nan indah ini.

Termasuk juga salah seorang calon untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular — Tiz Zaqyah, yeah, kami tahu anda masih di’atas katil ketika ini. Jangan marah.

Sebagai aktiviti ringan kita di hari Sabtu ini, apa kata kita lakukan sedikit kajian rambang untuk Anugerah Bintang Popular 2010.

Untuk edisi kali ini, kami memilih kategori Pelakon TV Wanita Popular sebagai kategori pertama dalam kajian rambang kami yang sedikit pun tidak mempengaruhi undian sebenar.

Siapakah Calon Pilihan Anda Untuk Menang Kategori Pelakon TV Wanita Popular ABPBH 2010?

View Results

Loading ... Loading ...
News Selebriti

Senarai Akhir Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Ya. Jika anda perasan yang senarai di’bawah seperti pernah anda lihat, kami copy pasta dari blog hiburan popular, Budiey (terima kasih!).

Tiada apa yang mengejutkan buat masa ini untuk senarai di’bawah namun siapa tahu ada kejutan besar pada malam anugerah nanti.

Satu yang kami nampak, dunia indie telah melahirkan ramai artis berkumpulan sehingga mampu mencatatkan penyenaraian penuh artis indie dalam kategori ‘Artis Berkumpulan/Duo Popular’.

Senarai penuh finalist Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) selepas ini. Nantikan keputusan’nya April nanti! Teruskan Membaca →

Hiburan News

(Gambar) Zahnita Kitar Semula Baju Datuk Siti Nurhaliza?

Kalau ada yang masih ingat, ketika Zahnita mula-mula muncul di persada seni tanah air, ramai bilang wajahnya mirip Siti Nurhaliza.

Sehingga Zahnita terpaksa mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak mahu di’samakan dengan ikon muzik Malaysia itu. Orang ramai pun senyap.

Hari ini, tidak semena-mena, Zahnita sendiri nampaknya mahu menyamakan diri beliau dengan Datuk Siti Nurhaliza.

Jika di’lihatkan kepada gambar di’atas, tekaan pertama gadis langsing di’tengah-tengah itu pasti susuk tubuh milik Siti Nurhaliza.

Nyatanya ia adalah milik Zahnita & baju yang di’pakai saling tidak tumpah dengan satu persalinan yang pernah di’pakai Datuk Siti Nurhaliza tidak lama dahulu.

Lagi gambar Zahnita mencuba untuk menjadi jelmaan Datuk Siti Nurhaliza selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca →

Gambar Selebriti

Kata Hikmat Seorang Bintang Popular: Peluk Irma Tak Jejas Ekonomi Negara

Utusan Malaysia bertanyakan satu soalan yang berkait dengan isu Nabil memeluk Irma Hasmie di’atas pentas ABPBH 2009 yang lalu.

Dan, Nabil menjawab jika apa yang di’lakukan itu menjejaskan ekonomi negara, tidak ada apa yang boleh beliau katakan & seterusnya menuding ke’arah siaran TV yang banyak menyiarkan adegan lebih dari apa yang terjadi tempoh hari.

Semenjak insiden ‘peluk tidak sengaja’ tersebut, hubungan cinta Nabil-Irma Hasmie bukan lagi rahsia. Walaupun mereka menafikan sebelum ini, namun insiden tersebut memaksa mereka mengakui hakikat sebenar.

Macam orang tua aku selalu pesan, apa barang main sorok-sorok, lama-lama orang tahu juga. Nabil, ini untuk lu, lu fikirlah sendiri! via Utusan Malaysia

Gambar Selebriti