Gambar: Maria Farida Hadir Pelancaran Album Inggeris Siti Nurhaliza

Petang tadi, baru berlangsung’nya majlis pelancaran secara rasmi album Inggeris pertama Siti Nurhaliza berjudul All Your Love.

Kami yang sepatutnya menaikkan gambar Siti Nurhaliza terlebih dahulu memilih untuk melangkah bendul dengan mengangkat salah seorang jemputan, Maria Farida.

Angkat tangan siapa rindukan gambar terbaru Maria Farida? Yeah. Maria Farida merupakan salah seorang selebriti dari puluhan selebriti yang hadir memeriahkan majlis penuh kemeriahan petang tadi.

Kami tidak mempunyai kisah terbaru Maria Farida memandangkan kami tidak berkesempatan untuk menarik aktress jelita ini untuk temuramah. Alasan. Dan, masih belum ada kenyataan dari mulut Maria Farida tentang hubungan baru Shahz Jaszle bukan?

Tetapi untuk mengubat kerinduan anda semua kepada Maria Farida, gambar karpet merah aktress idaman ramai selepas ini. Gambar & video persembahan Siti Nurhaliza bakal menyusul secepat mungkin. Enjoice! Teruskan Membaca

Siti Nurhaliza Berehat Tujuh Bulan, Usaha Untuk Dapat Anak

Selamat pagi peminat hiburan Malaysia! Okay. Bahagian usaha untuk dapat anak tersebut mungkin tidak betul tetapi ada kemungkinan.

Siti Nurhaliza mengumumkan yang beliau akan mula berehat dari sebarang aktiviti seni bermula 1 Jun ini sehingga ke hujung tahun.

Ini bermakna dunia hiburan akan kehilangan Siti Nurhaliza untuk tujuh bulan, mungkin lebih jika Siti Nurhaliza berasakan tujuh bulan tidak cukup untuk berehat.

Atau, dalam tempoh tujuh bulan ini, dengan berkat doa peminat, Siti Nurhaliza mula mengandung maka cuti Siti Nurhaliza mungkin akan lebih panjang.

Kami tidak tahu apa impak sebenar jika Siti Nurhaliza tiba-tiba senyap dari dunia hiburan, namun yang pasti Datuk K pasti gembira melihat Siti Nurhaliza akan ada lebih masa di’rumah.

Kita doakan sahaja Siti Nurhaliza akan memperoleh rehat yang secukupnya sepanjang tujuh bulan ini & siapa tahu, perut boleh berisi. Heh!

(Gambar) Siti Nurhaliza Bertudung Manis Di Hari Lahir Datuk K

Kredit Gambar: Terima Kasih Selautan Cinta Buat Kerill Dari Forum Terulung, Cari.com.my

Jarang sebenarnya sekarang ini kita lihat Siti Nurhaliza bertudung dengan molek. Apa yang Siti Nurhaliza pakai selama ini hanya fesyen.

Namun ketika menyambut hari lahir suami tersayang baru-baru ini, Siti Nurhaliza tampak bertudung manis persis wanita biasa.

Ya, Siti Nurhaliza masih manusia biasa walaupun bertudung fesyen, namun dalam gambar ini beliau nampak manis walaupun berdandan sebagai bukan selebriti.

Ada juga gossip nakal mengatakan Siti Nurhaliza kini sedang mengandung. Betul atau tidak Siti Nurhaliza?

Lagi gambar pasangan romantis Siti Nurhaliza & Datuk K bersuap selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca

Dato’ Siti Nurhaliza Terima Beg Tangan Rm40,000 Sempena Hari Jadi

Baru sahaja kita bercerita tentang beg basahan Dato’ Siti Nurhaliza yang berharga ribuan ringgit.

Semalam, sempena hari lahir beliau yang ke 31, Datuk K dengan penuh kasih sayang menghadiahkan sebuah beg tangan keluaran Louis Vuitton (LV) berharga lebih RM40,000.

Jika anda masih ingat, pada tahun 2008 Siti Nurhaliza menerima hadiah kereta Mercedes Benz hitam bernilai RM800,000 di’ikuti dengan jam tangan Richard Mille berharga RM200,000 tahun lalu.

“Selain kasih sayang, saya menganggap hadiah pemberian suami ini berupa suatu kegembiraan,” kata Siti Nurhaliza sambil menunjukkan beg tersebut kepada media.

Selain beg tangan, Datuk K juga di’katakan telah membawa Siti Nurhaliza bercuti ke tiga lokasi percutian iaitu Barcelona, Dublin dan London Disember lalu selama dua minggu.

Jika di’hitung kasar, tiga tahun sahaja, sudah lebih RM1 juta Datuk K habiskan buat hadiah hari jadi Siti Nurhaliza.

Beg Ini Saya Pakai Untuk Basahan Sahaja – Dato’ Siti Nurhaliza

Siapa yang menonton rancangan Fuhh! beberapa hari lepas pasti perasan akan kelibat Dato’ Siti Nurhaliza yang di’selongkar isi beg’nya.

Tanpa perasan yang was-was, Siti Nurhaliza terus menunjukkan beg yang beliau bawa & berkata dengan manja’nya,”beg ni Siti pakai untuk basahan je..”

Menurut sumber individu yang arif tentang dunia fesyen, beg yang di’pakai sebagai ‘basahan’ oleh Siti Nurhaliza itu adalah dari barisan jenama mewah Chanel.

Lebih spesifik, ia berada dalam keluarga Rue Cambon yang mengambil nama sempena tempat tinggal (apartment) pemiliknya iaitu Coco Chanel.

Ramai sedia maklum barisan beg keluaran Chanel bukan alang-alang harga yang perlu di’bayar.

Mungkin untuk bintang besar seperti Dato’ Siti Nurhaliza, tiada masalah untuk beliau jadikan beg mewah ini sebagai beg basahan.

Pakar fesyen ini juga sering berkata seseorang yang mula meminati barangan Chanel menampakkan yang beliau sudah berusia – “Chanel is only for the old”

123