AF8: Norman KRU Jadi Pengetua, Jimmy & Sarimah Pengacara Bersama

Akhir’nya teka-teki yang sebenarnya tidak di’pedulikan ramai telah pun terungkai tanpa sebarang kejutan hebat.

Norman Abdul Halim (Norman KRU) yang sebelum ini hebat di’landa pertanyaan tentang kedudukan beliau sebagai Pengetua AF8 mengesahkan tempat dalam sidang media hari ini.

Dalam majlis yang sama, Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley di’umumkan sebagai pengacara bersama konsert mingguan.

Namun, Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley masing-masing akan mempunyai tugasan peribadi sendiri selain mengacara konsert.

Kemunculan Akademi Fantasia 8 ini turut di’warnai oleh muka-muka lama seperti Siti Hajar (Guru Vokal Teknikal), Linda Jasmine (guru tari), Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan) dan Fatimah Abu Bakar (Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris).

Que Haidar akan membuat kemunculan pertama kali dalam program realiti TV paling merudum populariti’nya ini sebagai Jurulatih Drama.

Sarimah Ibrahim bakal mengendalikan program Debaran AF8 dan Jimmy Shanley akan mengambil tempat dalam Diari AF8.

Senarai para pelajar AF8 yang berjaya terpilih akan diumumkan di sidang media akan datang pada 9 Mac 2010. Berdebar? Tidak.

AF8: AC Mizal Tekad Lupakan Akademi Fantasia, Tumpu Pada Perniagaan

Kepada peminat Akademi Fantasia yang mahukan perubahan kerusi panas pengacara, ini ada satu berita baik.

Rabu lalu, dalam satu kenyataan tidka rasmi AC Mizal melalui Facebook, beliau meluahkan hasrat untuk tidak menjadi pengacara Akademi Fantasia musim ke-8.

AC Mizal yang memang di’akui oleh ramai pihak gagal menyaingi persona Aznil Hj Nawawi antara calon di’sebut-sebut untuk terus menjadi pengacara program realiti terbitan Astro ini.

Namun, AC Mizal yang kini sedang giat menjalankan perniagaan melalui AC Konsortium Sdn Bhd telah tekad meninggalkan Akademi Fantasia.

Dalam kenyataan yang sama juga, AC Mizal menyebut yang beliau sudah tiada apa untuk di’buktikan di Akademi Fantasia & ingin menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang perniagaan.

Kini, antara nama yang di’sebut-sebut sebagai pengganti AC Mizal adalah Sarimah Ibrahim, Reza Mohamad & Aznil Hj Nawawi sendiri.

Siapa pun yang menjadi pengacara AF8 nanti, pasti satu tugas besar mengembalikan keceriaan Akademi Fantasia harus di’laksanakan.

AF8: Siti Nurhaliza Bakal Pengetua & Reza Mohamad Ganti AC Mizal?

Entah benar entah sengaja cerita ini di’sebarkan untuk menaikkan hype Akademi Fantasia 8 kali ini.

Murai.com.my yang sememangnya berkadar langsung dengan badan induk penyiar Akademi Fantasia 8 melaporkan yang ada ura-ura Datuk Siti Nurhaliza bakal menduduki kerusi pengetua.

Orang yang menyampaikan maklumat ini di’katakan orang kuat belakang tabir Akademi Fantasia 8 sendiri.

“Desas-desus perlantikan Siti sebagai Pengetua timbul selepas Astro memberi peluang Siti untuk menjadi artis Malaysia pertama muncul dengan ‘saluran sendiri’.”

“Kemudian Astro juga menjadi penyiar rasmi untuk konsert Bagaikan Sakti yang diadakan di Singapura itu.”

“Jadi ini mungkin bunga-bunga awal ke arah kerjasama antara Siti dan AF8 dalam satu pakej yang kita tidak ketahui berapa kosnya,” kata sumber tersebut.

Satu lagi berita yang ‘mengejutkan’ adalah tentang Reza Mohamad (AF3) yang di’katakan sudah pasti mengambil tempat AC Mizal sebagai pengacara. Habis kelam kabut AF8 nanti!