Jangan Lupa Tonton Evolusi KL Drift 2 Bermula 25 Mac Ini!

E-mail Us: hi@rotikaya.com

Nia Ramadhani Bakal Berkahwin Anak Usahawan Tahun Hadapan

October 17, 2009 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities, News

Untung bergelar selebriti, berkahwin dengan individu bergelar usahawan atau anak usahawan berjaya bukan sesuatu yang mustahil.

Nia Ramadhani, setelah berpisah dengan vokalis Samsons tidak lama dahulu, kini sedang menghitung hari untuk menamatkan kisah percintaan zaman remajanya.

Bakal suaminya adalah anak salah seorang usahawan berjaya & terkenal Indonesia Aburizal Bakrie, Ardie Bakrie.

Menurut kaka kandung Nia Ramadhani, Dicky Ramadhani, Ardie sudah memaklumkan kepada beliau keinginannya untuk memperisterikan Nia Ramadhani sejak 2 bulan lalu.

Nia Ramadhani & Ardie di’khabarkan akan bernikah pada April 2010 iaitu hampir dengan tarikh lahir Nia Ramadhani sendiri. Pasti perkahwinan ini akan membawa makna tersendiri buat beliau.

Blog Widget by LinkWithin