TERBARU

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009/10

(Kredit Gambar: Ribuan Terima Kasih Buat Sahrudin Yusof)

Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza yang berjaya merangkul anugerah Bintang Paling Popular 2009 malam ini. Merupakan satu kejutan buat kami sebenarnya.

Jika anda berminat untuk mengetahui isi perut sepanjang majlis anugerah berlangsung, baca liveblogging kami selepas ini, sebelum video keluar di Youtube.

Terima kasih kepada semua yang mengikuti liveblogging ini & tahniah buat semua pemenang malam ini. Kita jumpa lagi tahun hadapan. Peace out! Teruskan Membaca →

News

Siti Nurhaliza Bakal Anjurkan Konsert Gabungan Aizat & Faizal Tahir

Untungnya menjadi Aizat & Faizal Tahir. Ada mentor yang memandang tinggi bakat nyanyian mereka.

Siti Nurhaliza yang kita kenal memang jarang mengangkat penyanyi lain melainkan beliau kagum & teruja dengan bakat yang mereka ada.

Februari ini, syarikat milik Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza Productions (SNP) akan menerbitkan sebuah konsert gabungan dua artis berbakat Aizat & Faizal Tahir.

‘Konsert Satu Suara bersama Simfoni Orkestra Kebangsaan’ yang julung kali dianjurkan itu bakal mengisi slot program Istana Budaya (IB) pada 12 hingga 14 Februari 2010.

“Faktor utama yang menarik minat saya memilih Aizat dan Faizal Tahir ialah kerana bakat besar yang mereka miliki,” kata Siti Nurhaliza kepada media.

News Selebriti