fbpx

Syarul Ridzwan Terlibat Dalam Kemalangan Jalanraya

Malang tidak berbau buat pelakon Syarul Ridzwan apabila dia ditimpa kemalangan pagi ini menyebabkan keretanya remuk teruk di bahagian depan. Berkongsikan perkara tersebut di Instagram, Syarul menyatakan bahawa dia kini dalam keadaan baik sahaja.

BACA: Syarul Ridzwan Nafi Punyai Hubungan Dengan Mana Mana Wanita

2- Syarul Ridzwan Terlibat Kemalangan Jalanraya - ROTIKAYA

“Assalamualaikum, dugaan di pagi hari, saya kemalangan pada pagi ni, tapi jangan risau saya okay dan selamat. Cuma kereta teruk sikit bahagian depan. Doakan yang baik baik buat saya,” katanya bersama gambar yang dimuatnaik.

Bila tengok kemalangan ini, teringat pula satu ketika dulu Syarul pernah berkongsikan video di memandu, boleh tahan laju jugalah malah perkara tersebut turut diakui oleh peminatnya di bahagian komen. Kami kongsikan video di bawah dan apa-apa pun Syarul sentiasa berada dalam keadaan baik selalu. (rtky/s)