
Selepas Zee Avi, nampaknya Malaysia hampir pasti akan mempunyai ‘duta muzik’ terbaru ke Amerika Syarikat tidak lama lagi.
Bakat & gaya persembahan Yuna bukan sahaja memikat juri AJL 24 dan para peminat, malah aura Yuna kini sudah sampai ke Amerika Syarikat.
Yuna hari ini mengakui yang beliau ada di’datangi oleh wakil sebuah syarikat rakaman yang berpengkalan di USA untuk menjadikan Yuna sebagai artis rakaman mereka.
“Memang benar ada sebuah syarikat rakaman dari Amerika Syarikat telah menemui saya untuk dijadikan artis rakaman mereka”
“Tapi, ia masih dalam peringkat awal dan kami masih lagi berbincang mengenai syarat-syarat yang boleh memuaskan hati kedua-dua belah pihak”
Namun begitu, Yuna enggan mendedahkan nama syarikat rakaman yang datang dengan hasrat besar itu.




pehhh. ini boleh lawan hannah tan.
us vs japan! hoho. lg kaya yuna!
congrats! u go girl! wish u gud luck!
pergh. congrats.~~
nampaknya yuna ada potensi untuk harumkan nama MALAYSIA ke luar negara secara komersial…
chanelle (tol ke eja?) dah, Zee Avi dah and now Yuna diintai oleh producer luar, USA lai…
tp pesal Siti masih di takuk lama, just Malaysia ngan Indonesia je. Takan Siti xde impian utk ke luar negara, sebaik2nya rakam lagu melayu aaa utk pasaran luar. Ari tu ke China tp senyap ke la ni. Bkn ke ari tu penah dpt anugerah dr luar utk lagu Satu Cinta Dua Jiwa, even kat Khazastan menang Voice of Asia, byk apa track record dia, pesal dia xde peluang ke? why? sbb English dia out… no hal le. MLTR even Celion Dion punye diction nyanyi lagu english pun ntah apa2, diaorg tu pun bknnye fasih sesgt BI, MLTR siap bwk jurubhasa lai pwgi show…