fbpx

Syamsul Yusof & Puteri Sarah Tunai Umrah Buat Kali Ketiga

Kalau ditanya para peminat dunia hiburan di luar sana tentang pasangan selebriti manakah yang menjadi kegemaran mereka, pasangan Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana pasti akan menjadi salah satu pilihan.

Lihat sahaja kehidupan mereka kini yang boleh kami katakan idaman semua orang yang berumahtangga dan selepas tiga tahun bersama, pasangan ini sekali lagi terbang ke kota suci Mekah untuk menunaikan umrah buat kali ketiga.

BACA: Syamsul Yusof Nazar Tunaikan Haji Selepas Dapat Zuriat

Menerusi beberapa keping gambar yang dikirimkan oleh pasangan ini melalui Instagram masing masing, boleh kita lihat yang hubungan mereka berdua semakin kukuh sebagai suami isteri yang menjadikan agama sebagai panduan hidup.

Kami pun tidak mahu sembang banyak tentang pasangan romantis ini, lagi gambar sekitar pemergian Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah ke kota suci Mekah untuk tunaikan ibadah umrah di bawah, enjoice! (rtky/m)