fbpx

Syamsul Yusof Bawa Isteri, Puteri Sarah Kerjakan Umrah Sebelum Raya

Kali terakhir kami menulis tentang pasangan suami isteri ini adalah sekitar Mei 2014 lalu selepas mereka buat pertama kali muncul di khalayak ramai selepas pernikahan yang mendapat reaksi positif ramai beberapa bulan yang lalu.

BACA: Puteri Sarah Pulih Semangat Syamsul Yusof Untuk Kembali Aktif Dalam Hiburan

Sebenarnya tidak ada kisah terbaru pun yang datang dari Syamsul Yusof mahupun Puteri Sarah Liyana namun beberapa gambar terbaru pasangan ini di Instagram menarik perhatian kami.

Syamsul Yusof & juga isterinya, Puteri Sarah kini sedang berada di Tanah Suci Mekah dipercayai untuk mengerjakan ibadah umrah di sana. Ingat lagi kenyataan Syamsul Yusof sebelum mereka berkahwin yang beliau bersungguh sungguh berdoa di hadapan Ka‘bah supaya Tuhan temukan jodohnya ketika mengerjakan umrah sekitar hujung 2013?

Nampaknya kali ini pemergian Syamsul Yusof ke sana ditemani oleh jodohnya yang dimakbulkan doanya dan beliau turut menulis di salah satu gambar yang dimuatnaik — “Bersama isteri / tulang rusuk kiriku di Bukit Uhud, Madinah”.

Lagi beberapa keping gambar pasangan ini untuk tatapan anda semua. Enjoice! (rtky/m)