fbpx

Sukar Cari Baju Besar Beri Idea Angah & Bob Tubuhkan ROB

Bermula dengan omong omong kosong, akhirnya impian artis komedi popular Angah Raja Lawak bersama rakan kongsinya yang juga pengarah filem box-office, Ismail Bob Hashim dan seorang lagi rakan kongsi, Sahharudin Jamal memiliki empayar perniagaan pakaian jenama sendiri menjadi kenyataan.

ROB atau ringkasan kepada Republic of Big bukan hanya jenama untuk pakaian mereka yang berbadan besar malah saiz kecil turut dijual.

“Sukar buat saya mendapatkan pakaianbersaiz besar. Kalau adapun, tidak banyak pilihan. Saya selalu terbabit dalam macam-macam penggambaran tapi masalah yang sering membebankan fikiran adalah soal pakaian. Saya sering merungut pada Bob”

“Dulu kami ke Bandung dan Vietnam untuk mencari pakaian saiz besar 2XL ke atas sukar diperolehi. Kami langsung tiada pilihan. Dari siulah timbul angan-angan kosong kami nak menerokai perniagaan pakaian dan mahu membuka butik serta kilang sendiri. Dari angan-angan mat enin, akhirnyya segala-galanya dipermudahkan“, kata Angah pada majlis pelancaran ROB dan majlis berbuka puasa yang diadakan di Saloma Bistro, malam tadi.

Majlis yang cukup meriah itu turut dihhadiri rakan-rakan artis sebagai tanda sokongan mereka kepada Angah dan Bob. Antara artis yang kelihatan seperti Elly Mazlien, Shira dan suaminya Ijoi, Aling Cham dan isterinya Zila, Fadzil Zahari, Cat Farish dan ramai lagi. Dalam masa empat bulan berusaha keras merealisasikan impian mereka, kini ROB mempunyai butik di Johor Bahru dan kilang sendiri di Botongtanjung, Bandung, Indonesia.

Sementara itu Bob berkata dalam usaha untuk mencapai impian mereka itu, pelbagai cabaran yang terpaksa mereka lalui, antaranya mereka pernah ditipu. Namun ia tidak mematahkan semangat mereka berdua. Bersama dua pereka fesyen, Ili Nabila Haris dan Zulhusmi Suahimi, sebayak 45 rekaan eksklusif diperkenalkan untuk fasa pertama.

“Inilah dunia baru buat kami. Walaupu kami pernah ditipu tapi ia tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan cita—cita kami. Bagi kami,, ditipu itu biasa. Apatahlagi kami masihh baru lagi dalam bidang tekstil ini. Tapi sekarang, kami sekurang-kurangnya sudah pandai mengenal jenis fabrik“, katanya.

Ditanya mengenai kenapa rekaan baju-t seakan-akan jenama terkenal Polo, Bob mengakui yang rekaan ROB diinspirasikan daridapa jenama tersebut. Namun mereka berharap tiada pihak yang mempertikaikan rekaan ROB kerana mereka mempunyai sebab tersendiri mengapa ROB seperti baju-t jenama Polo dan simbolik nombor 99 pada sesetengah rekaan.

“Misi kami sebenarnya menjadi trend-setter kepada jenama baju bersaiz besar untuk mereka mereka yang berbadan besar. Tentang rekaan, ia soal kedua. Sebab orang berbadan besar ni selalu tak dapat nak pakai baju jenama yang mahal-mahhal macam Polo sebab tiada saiz untuk mereka. Orang gemuk suka baju tebal. Jadi baju-baju jenama Polo hacket terdiri daripada kain yang tebal. Jadi Polo kami ambil sebagai inspirasi untuk rekaan-rekaan ROB. Malah kualiti kain ROB juga sama sepertimana kualiti kain Polo”

“Manakala nombor 99 itu pula dianggap sebagai nombor terbesar. Jenama kami namanya ROB, Republic of Big jadi 99 itu simbolik nombor terbesar. Misalnya, 9+9 jawapannya 18. 1+8 jawapannya 9 kiranya ia nombor terbesar“, terang Bob dengan panjang lebar.

ROB boleh didapati bermula dengan saiz S hingga XXXXXXL dengan harga serendah RM49.90 sehingga RM159.90. Selain butik di Johor Bahru, pelanggan juga ingin mendapatkan koleksi ROB menerusi online di www.rob.com.my.

Istimewanya, ROB menyediakan carta ukuran dalam online Pelanggan hanya perlu tahu ukuran dan rujuk pada carta yang disediakan untuk mengetahui saiz mereka.

Menurut Bob, mereka juga bersyukur kerana biarpun masih baru di pasaran tetapi produk ROB mendapat sambutan mengalakkan daripada para pelanggan tempatan malah pakaian ROB juga sudah diperolehi oleh pelanggan di luar negara. (rtky/fr)