fbpx

Sufi AF Nafi Berdamai Dengan Bapa Tiri

Tidak mahu pihak lain salah anggap, Sufi AF menjelaskan bahawa dia masih belum berdamai dengan bapa tirinya yang didakwa melakukan penderaan seksual sebelum ini. Ini kerana baru-baru ini mereka dikhabarkan sudah berdamai kerana terlihat Sufi bersalaman dengan Arif Dollah.

BACA: Sufi AF Nafi Dirinya Sombong, Meninggi Diri

“Saya masih belum berdamai tetapi hanya bersikap profesional. Tiada istilah kami sudah berdamai. Takkan hanya dengan satu salam pada malam itu saya sudah memaafkan dia. Namun saya gembira dan berbesar hati apabila Arif dan rakan-rakan dari Singapura datang menyokong saya”

“Bagi saya, apa yang saya lakukan lebih kepada bersikap profesional kerana saya percaya kami pasti akan bertemu dalam mana-mana majlis hiburan. Jadi, tiada sebab untuk saya mengelak daripada berjumpa dengannya,” jelasnya kepada Harian Metro.

Mengakui masih belum memaafkan bapa tirinya itu, Sufi menjelaskan bahawa dia tidak mudah untuk melupakan apa yang terjadi namun dalam masa yang sama dirinya perlu bersikap lebih professional. (rtky/s)