fbpx

Suatu Masa Dahulu, Zarina Zainuddin Jadi Model Kalendar 1993

Bangun lewat di’hujung minggu kerana bekerja malam membuatkan kami terlepas gossip dunia hiburan awal pagi.

Maka sebagai ganti, kita naik mesin masa ke tahun 1993 di’mana artis Melayu seksi sebagai model kalendar adalah perkara biasa.

Nama Zarina Zainuddin sememangnya menjadi topik besar dunia hiburan sepanjang 1992.

Dalam tahun 1993 pula terdapat usaha mengharamkan semua hasil lakonan beliau daripada ditayangkan.

Pada Januari ’93, majalah Media Hiburan memulakan edisi tahun baru dengan menghadiahkan poster kalendar besar (4 x mukasurat majalah) ini kepada para pelanggan mereka.

Jangan anggap siaran entri ini berniat untuk mengaibkan sesiapa, ini sekadar mengimbau nostalgia dunia hiburan yang sebenarnya lebih terbuka.

Kami tertanya-tanya apa Zubir tulis hujung minggu sebegini. Masihkah ada lagi selebriti yang di’anggap sombong kerana tidak menegur beliau.

Gambar besar Zarina Zainuddin sebagai model kalendar tahun 1993 selepas ini. Terima kasih buat Arkib Negara. Enjoice!