fbpx

Suatu Malam Kubur Berasap Mengutip RM3.3 Juta, Luar Jangkaan Liar Kami

Untuk berlaku jujur, kami si buta filem ini sebenarnya kurang yakin akan kekuatan filem arahan Ernie Chen ini selepas tayangan pra tonton beberapa minggu lalu.

Maklum’lah, filem dengan genre seram komedi seakan sudah tepu dalam pasaran filem tempatan.

Namun, angka kutipan terbaru yang kami terima berjaya nafikan jangkaan liar kami yang risau filem ini tidak akan ke’mana.

Selepas 14 hari tayangan yang berakhir semalam, Suatu Malam Kubur Berasap berjaya mengaut RM3.3 juta — satu angka yang boleh di’banggakan ketika filem lain di’pawagam bertarung nyawa untuk mendapatkan kutipan balik modal. Kami memang hebat dalam metafora. #LOL 

Sebagai perbandingan, filem kegemaran kami Songlap hanya berjaya mengaut RM2.22 juta dan sebuah filem lagi yang bersaing dalam minggu yang sama Papa I Love You dengan kutipan RM600,000 dalam masa 5 hari.

Kalau anda terlepas untuk menonton filem Suatu Malam Kubur Berasap di pawagam berhampiran, pihak produksi filem ini sudah mengesahkan yang tiada tayangan di Astro First. Mungkin anda perlu menunggu DVD rasmi keluar — tetapi pihak pawagam terlah bersetuju untuk lanjutkan tempoh tayangan seminggu lagi.