fbpx

Suami Umie Aida Didakwa Sabotaj Kewangan Negara, Perbankan

Suami kepada pelakon Umie Aida, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

BACA: Umie Aida Yakin Penahanan Suami Ada Hikmah Sendiri

Khairuddin, 53, dan Matthias Chang, 65, didakwa melakukan ke­salahan itu di lima lokasi iaitu pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris; Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom; pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern; Balai Polis WaiChan, Hong Kong dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun jika sabit kesalahan.

Menurut laporan daripada Kosmo!, tiada sebarang pengakuan direkodkan dan tertuduh yang memakai pakaian lokap dan bergari hanya mengangguk faham setelah pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Majistret Siti Radzeah Kamarudin tidak membenarkan ikat jamin. (rtky/s)