fbpx

Suami Tak Sokong Nora Sertai Gegar Vaganza?

Mengakui memerlukan sokongan daripada ramai pihak untuk terus meMberikan persembahan yang terbaik dalam program realiti Gegar Vaganza musim ketiga, Nora dalam masa yang sama turut terkilan kerana suaminya terlalu sibuk dan tidak begitu memberikan sokongan kepadanya.

BACA: Kritik Penaja Gegar Vaganza: Fizo Omar Mohon Maaf

“Saya faham, suami terlalu sibuk. Mungkin juga kerana sudah terbiasa melihat saya bekerja keras sepanjang menjadi penyanyi, jadi tiada yang berbeza pada matanya apabila saya menyertai GV3. Suami beranggapan setiap persediaan yang dibuat sama seperti persembahan biasa lain”

“Saya sempat menegurnya dan memberitahu, menyertai program realiti membabitkan penyanyi profesional adalah perjuangan besar. Sebagai isteri, saya memerlukan sokongan penuh suami untuk terus bertahan mental dan fizikal mengharungi pertandingan ini,” jelasnya kepada BH Online.

Bagaimanapun menurut Nora, peminat tidak henti henti memberikan sokongan kepadanya melalui media sosial. Jadual Nora juga dalam masa yang sama turut padat dan berharap agar dia dapat memberikan persembahan yang terbaik. (rtky/s)