fbpx

Suami Mula Halang Amyra Rosli Berlakon

Tempoh hari ramai yang gembira mendengar berita kehamilan dari pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli. Namun dengan kandungan yang baru berusia lapan minggu dan masih lemah, Amar melarang isterinya untuk bergiat aktif dalam bidang lakonan. Ini kerana ingin memastikan Amyra dapat berehat sepenuhnya dan menjaga kandungan tersebut.

BACA: Amyra Rosli Sah Hamil Tujuh Minggu

“Saya nak dia betul-betul rehat pada masa yang sama memastikan bayi yang dikandung normal dan kuat. Saya berharap semua orang faham situasi dia sekarang. Biarlah dia berehat sepenuhnya daripada bidang seni sehingga selesai proses kelahiran dan berpantang”

“Banyak perancangan untuk anak belum ada lagi. Ini kerana kami hendak fokus kepada kandungan dulu. Apabila kandungan sudah betul-betul kuat, baru kami berbincang apa yang perlu dibuat. Tetapi untuk Amyra, kena rombak balik jadual dia. Saya kena kurangkan penggambaran drama serta fokus kepada pengacaraan dan duta produk sahaja”

Bagaimanapun, di saat ramai yang mendoakan kesejahteraan pasangan ini selepas pengumuman berita kehamilan tempoh hari, ada juga yang mengecam tindakan Amar yang dianggap terlalu awal untuk menghebahkan berita berkenaan sedangkan kandungan masih baru.

“Sebagai selebriti apabila kerap ke hospital dan berjumpa ramai orang, pasti menjadi tanda tanya. Kami tidak mahu ada pihak berkecil hati. Jauh sekali ingin menunjuk tetapi sekadar berkongsi kegembiraan. Saya tahu perkara ini masih terlalu baru,” katanya kepada Berita Harian Plus.